Header Ads

Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan)

Bahan-bahan :

Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
Kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
Tomato (dibelah 4)
3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
Garam dan sedikit gula
Air asam jawa



Cara-cara :

1- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. 

2- Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
3- Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
4- Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. 

5- Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
 

Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

SELAMAT MENCUBA

No comments