Monday, September 11, 2017


PemilikHatiku ingin berkongsi serba sedikit resepi laksam. 

Bahan-Bahan:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • Sedikit garaM
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
*Campur semua bahan-bahan diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

Cara-Cara:
  • Panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  • Masukkan bancuhan tepung tadi dalam loyang atau tudung periuk ...jangan tebal jangan nipis...agak-agak la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit.
  • Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dengan air paip supaya sejuk.
  • Guna hujung sudu atau bendq yang boleh cungkil laksam ni keluar dari loyang...terus gulung dari loyang tersebut hingga habis.
  • Kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..
Kuah Laksam (6 orang makan) :
  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jangan buang..digunakan untuk kuah nanti
  • 2 biji bawang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih..
  • Sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • Garam
  • Gula
  • 2 keping asam gelugur
* Ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan

* Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dalam blender supaya senang kisaran..

* Masukkan bahan kisar dalam periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan

* Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* Masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Ulam-ulaman (Dihiris halus) :

  • Kacang panjang
  • Timun
  • Tauge
  • Kobis
Sambal laksam :

  • Sambal lada
  • Sedikit belacan
  • Lada merah
  • Cili api merah
  • Garam sikit
 *Semuanya kisar/tumbuk halus

Selamat Mencuba!



Sunday, August 27, 2017

Sempena Hari Raya Haji (1 September 2017) akan datang, bolehla kita bakar sate bersama-sama ahli keluarga anda. Semoga dengan ini akan mengeratkan lagi silatuttrahim antara keluarga. Dengan ini pemilikhatiku akan berkongsi dengan anda cara membuat sate yang paling sedap dalam galaksi bumi.  
Resepi ni boleh diguna untuk satay ayam/daging/kambing.

Bahan-bahan:  
  • Dua ekor ayam besar - dapat 150/170 cucuk
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 11 batang serai
Kisar bahan diatas dengan sedikit air,

Kemudian perap isi ayam yang dipotong dadu dengan bahan kisar tadi bersama;
  • 2 cawan gula - boleh kurangkan gula kalau tidak suka manis
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu penuh asam jawa
  • 5 sudu minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa
Perap semalaman,cucuk isi sate pada pencucuk yg telah direndam semalaman.

Sate yg sedap mesti ada selit kulit/lemak ayam sikit kan.. Saya buat 3 ketul isi+1 ketul lemak.

Bakar dengan bara api sampai masak..





P/S

#Saya memang pakai ayam segar utk buat sate, ambil semua bahagian daging,kulit dan lemak,kecuali dibahagian leher dan hujung kepak sbb tak berdaging.

#Makin lama diperap,bertambah lembut sate kita nanti.

#Boleh guna dada ayam frozen, tapi sate akan kurang lembut,tapi tetap sedap.


Kredit resepi ini kepada Murni Rahmat via ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Rujukan ResepiSedap

Sunday, August 13, 2017

Ros mengalami tumpah darah kritikal sehingga dimasukkan ke ICU pada kelahiran anak pertamanya. Dengan itu, dia dinasihatkan agar bersalin secara caesarean untuk kandungan keduanya bagi mengelakkan tumpah darah berlaku lagi. Apakah yang boleh dilakukannya untuk mengelakkan tumpah darah berulang pada kelahiran anak keduanya ini?

Masalah tumpah darah selepas hamil dikenali sebagai post partum hemorrhage (PPH). Ia adalah sebab utama ibu hamil meninggal dunia di Malaysia. Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, kes seperti Ros ini boleh dielakkan dengan beberapa langkah berikut;


Sebelum hamil
  1. Pastikan tahap hemoglobin melebihi 11.5g%. Wanita yang kekurangan darah lebih berisiko untuk mengalami PPH.
  2. Pastikan ujian pelvic ultrasound dilakukan. Jika mempunyai fibroid, ia menyebabkan kesukaran untuk rahim mengecut dan seterusnya boleh berlaku PPH.
  3. Pastikan tiada masalah seperti kencing manis dan darah tinggi sebelum hamil. Wanita yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis berkemungkinan besar perlu bersalin secara indius. Proses indius boleh menyebabkan rahim sukar mengecut selepas bersalin lalu menyebabkan PPH.

Setelah hamil
  1. Pastikan membuat antenatal booking di hospital yang mempunyai kemudahan tabung darah.
  2. Pastikan anda memantau tahap hemoglobin. Disiplin dalam memakan zat besi, folik asid, Vitamin C dan B kompleks. Kesemua vitamin ini perlu untuk pembentukan hemoglobin di dalam tubuh.
  3. Pastikan bayi tidak terlalu besar. Jika besar, air ketuban banyak dan ini boleh menjadi penyebab PPH.
  4. Jika pada akhir kehamilan, doktor berpendapat bersalin melalui casearean adalah terbaik, maka ikutilah nasihat doktor.

Setelah bersalin
  1. Pastikan anda memantau darah nifas ketika berpantang. Jika banyak, berketul-ketul sehingga basah ke kain, terus ke hospital. Tidak kira ia awal pagi atau tengah malam. Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. PPH boleh berlaku bila-bila masa walaupun sudah pulang ke rumah.
  2. Anda perlu dapatkan rawatan dari hospital secepat mungkin apabila mengalami masalah tumpah darah selepas bersalin. Jika lambat, anda akan mengalami perubahan dalam darah di mana ia tidak boleh berhenti daripada berdarah (DIVC) yang boleh berakhir dengan maut.
  3. PPH juga lebih kerap berlaku kepada wanita yang hamil terlalu rapat atau terlalu ramai. Bincanglah dengan doktor mengenai cara-cara merancang keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga nyawa isteri. Jadi, kerjasama adalah perlu dalam hal ini.
Sumber PaMa

Tuesday, April 5, 2016

Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.

Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, ibu perlu lakukan beberapa langkah berikut bagi membantu menjayakan penyusuan susu ibu di awal kelahiran:

1. Dapatkan Bayi Segera

Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku.

2. Bersedia

Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil.

3. Kenali Kolostrum

Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi.

4. Susu Kerap

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.

5. Rangsang

Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil.

6. Usah Risau!

Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.

7. Kenali Punca

Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya.

Biasanya wanita yang pertama kali bergelar ibu akan mengadu susah hendak menyusukan bayi dengan susu ibu sebaik sahaja bersalin. Kata mereka, "susu tiada".

Kredit foto: 123rf.com
Sumber Pa&Ma

Sunday, November 15, 2015

Seorang sejarahwan terkenal Amerika, Washington Irving, mengatakan "Ibu adalah sahabat sejati, hanya ibulah yang tetap bersama kita dalam semua kesusahan, kesedihan dan saat tergelap dalam hidup kita." Dalam kehidupan ini, sosok atau figur seorang ibu memiliki peran sangat penting dalam perkembangan mental serta emosional seseorang. Ibu digambarkan sebagai sosok malaikat yang nyata dalam kehidupan seorang manusia, kasih sayang dan kelemahlembutannya tak tergantikan oleh apa pun.

Dalam filosofi China ada sebuah konsep keseimbangan yang lebih sering dikenal dengan istilah Yin- Yang, yang biasanya digunakan untuk mendeskripsikan sifat kekuatan yang saling berhubungan dan berlawanan di dunia ini dan bagaimana mereka saling membangun satu sama lain. Hal yang sama juga terjadi di dalam keluarga, orang tua yang terdiri dari ayah dan ibu, fungsi seorang ibu juga adalah sebagai penyeimbang.

Dalam setiap rumah tangga, peran ibu sangat diperlukan. Sebaik-baiknya seorang ayah, dia tidak akan bisa menggantikan peran sebagai ibu. Kepekaan, kasih sayang dan kelemah-lembutannya, kodrat Ilahi inilah yang tak dimiliki oleh seorang pria. Bagi anak-anak, karena kesabaran dan kepekaannya, ibu sering dipakai sebagai tempat untuk mencurahkan segala beban dan permasalahan hidupnya, kadang pula kedekatan seorang anak terhadap ayahnya tidak bisa mengalahkan kedekatannya kepada si ibu.

Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak baik perempuan maupun laki-laki. Namun khususnya bagi anak laki-laki, ibu adalah cinta pertama dan sejatinya, sosok yang dapat mendidiknya untuk menjadi pribadi yang penuh kasih dan bertanggung jawab. Para ibu betapa penting peran tugas Anda bagi anak laki-laki Anda khususnya, didiklah mereka agar menjadi pria-pria yang sabar, penyanyang, penuh percaya diri dan bertanggung jawab bagi keluarganya suatu hari nanti. Guna mewujudkannya, berikut adalah 6 cara yang bisa Anda gunakan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak laki-laki Anda:

1. Mengajarkan kesabaran dan ketegaran

Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga Anda, hendaknya Anda tangani dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu, dapat menjadi contoh nyata bagi anak-anaknya. Ketika Anda sabar dan tegar, hal itu akan mengajarkan kepada anak Anda, secara tidak langsung, agar mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya kelak ketika sudah dewasa nanti.

2. Mengajarkan kelemah lembutan

Seorang anak laki-laki yang tumbuh tanpa seorang ibu, umumnya akan menjadi seseorang yang kasar, kurang peka terhadap diri sendiri, tidak menghargai orang lain serta lingkungan sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki Anda agar menjadi lemah lembut dalam bersikap, tanpa harus menghilangkan sisi ketegasannya.

3. Sebagai perekat

Terkadang di dalam rumah tangga konflik pertikaian sesama anggota keluarga bisa tak terhindarkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi netral. Jadilah penengah dan pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak dengan saudaranya. Secara singkat jadilah "perekat" untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerja sama dengan baik.

4. Menjadi penyemangat

Ada kalanya hari-hari anak Anda penuh dengan tantangan, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak Anda sedang rasakan. Berpikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta dukungan penyemangat agar anak Anda memiliki keyakinan dan perasaan optimis yang tinggi bahwa segala sesuatu pasti ada jalan keluarnya.

5. Menjadi penasihat yang baik

Ada kalanya seorang anak akan bimbang ketika akan mengambil sebuah keputusan untuk yang pertama kalinya. Peran Anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah masukan dan nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami dampak baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia ambil. Yakinkan dia bahwa apa pun keputusan yang akan dia ambil, itu adalah yang terbaik untuknya.

6. Menjadi ibu yang pemberani

Sebagai seorang wanita Anda juga harus berani dalam melakukan berbagai aktifitas. Kadang Anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang pria, tanpa harus menunggu hingga suami Anda pulang dari kerja, ketika hujan deras dan atap rumah bocor, Anda dapat berinisiatif melakukan seorang diri untuk menambal atap rumah Anda yang bocor tersebut. Mungkin bagi Anda hal itu sepele, tapi di mata anak Anda, Anda adalah seorang ibu yang hebat.

Sumber : Keluarga

Saturday, November 14, 2015

Berapa ramai ibu hamil di sini yang tahu tentang kepentingan pernafasan dengan betul ketika bersalin? Rasanya ramai antara ibu hamil yang tidak sempat hendak mempraktiskan teknik pernafasan yang betul kerana lebih fokus memikirkan kesakitan yang dialami semasa hendak bersalin. Tahukah anda, sebenarnya teknik pernafasan yang betul membantu anda mengurangkan rasa sakit dan memudahkan proses kelahiran bayi. Cuba, amalkan latihan bernafas semasa mengandung kerana ia membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran kelak.

1. Fikirkan perkataan relaks

Sewaktu menarik nafas, fikirkan "re". Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan "laks". Beri tumpuan sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan tersebut berulang-ulang selari dengan corak pernafasan anda. Semasa menghembus nafas, lepaskan sebarang tekanan yang mungkin dialami. Fokus kepada otot yang anda tahu selalu mengalami ketegangan. Setiap kali menghembus nafas, fikir dalam tempoh yang agak panjang iaitu "laaaks".

2. Buat kiraan

Semasa menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor pilihan sendiri). Sewaktu menghembus nafas keluar pula, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Sebenarnya anda akan mendapati lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

3. Bernafas melalui hidung dan hembus guna mulut

Hembuslah nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Membuat bunyi seperti "Oooh" atau "Aaah" semasa menghembus nafas sangat membantu ketika dalam proses kelahiran. Pastikan anda kerap minum air masak waktu antara kontraksi bagi mengelakkan mulut menjadi kering.

4. Sewaktu Braxton Hicks

Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi  hidung. Kemudian hembus nafas melalui mulut.

5. Semasa kontraksi semakin kerap

Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah anda sedang bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Tetapi lakukan ia dalam keadaan tenang. Dalam masa yang sama, jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas seterusnya.

6. Apabila berlaku gesaan meneran

Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas mengikut mulut. Seterusnya setelah tiada gesaan meneran, hembus nafas seperti biasa.

7. Ketika tiba masa meneran

Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termsuk ke dalam semula.

Sumber: Pa&Ma

Monday, September 28, 2015

Bila sakit kontraksi hendak bersalin sudah menyerang, memang tak senang duduk dibuatnya. Hendak makan dan minum pun rasa tak lalu. Tetapi ibu perlu makan dan minum kerana ia penting untuk membekalkan tenaga terutama apabila proses melahirkan anak sudah masuk ke fasa terakhir iaitu meneran bayi keluar.
 
Selepas melahirkan bayi, ibu pasti akan terlalu penat dan letih. Jika tidak cukup bekalan makanan, ibu boleh diserang masalah 'angin' dan muntah beberapa jam selepas melahirkan bayi.
 
Kebanyakan ibu hamil berasa cepat lapar dan dahaga terutama di peringkat awal sakit bersalin. Jadi, jangan risau untuk makan sedikit snek kerana ia tidak akan membahayakan anda dan bayi. Sebenarnya ketika sedang bergelut dengan sakit kontraksi di bilik bersalin, ibu boleh mengunyah beberapa snek sihat atau minum sedikit air untuk memberikan kelegaan dan mengurangkan kesakitan.
 
Apa jenis makanan yang boleh dimakan ketika ibu sakit di bilik bersalin?
 
Walaupun dibenarkan makan ketika sakit kontraksi, tetapi bukan bermakna ibu boleh makan semua jenis makanan seperti ayam goreng, rojak, pasembor, nasi ayam, piza dan makanan berat lain. Perlu diingat makanan yang tinggi kandungan lemak boleh membuatkan perut terasa bertambah berat seterusnya ibu boleh cepat lelah dan lesu. Sementara makanan tinggi gula pula mudah dimakan dan memberikan tenaga pantas, tetapi tenaga tersebut segera hilang dan ia membuatkan anda cepat letih.
 
Makanan berkarbohidrat pula bagus dimakan ketika hendak bersalin kerana ia mudah dihadam dan memberikan tenaga secara perlahan. Ini membantu anda melalui proses bersalin yang sangat meletihkan dan memerlukan banyak tenaga. 
 
Beberapa jenis makanan yang disarankan adalah
 
1. Kurma
 
2. Sandwic
 
3. Bijirin
 
4. Capati, roti nan atau roti bakar
 
5. Yogurt
 
6. Sup
 
7. Biskut kosong atau kraker
 
8. Pasta
 
Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap berbanding makan terus dalam kuantiti yang banyak. Makanan ini mengambil masa untuk hadam ketika bersalin, kerana peredaran darah tertumpu di rahim ibu berbanding perut. Ia menyebabkan anda berisiko untuk muntah jika makan dalam kuantiti yang banyak.
 
Sedikit snek dalam setiap sejam ketika anda dalam peringkat awal kelahiran akan membantu menyimpan banyak tenaga bagi kegunaan ketika hendak melahirkan bayi kelak. 
 
Sumber Pa&Ma