Header Ads

Ketam Goreng Bercili

Bahan-bahannya:
3 ekor ketam sederhana besar
1 biji bawang Holland
3 batang serai - diketuk
2 helai daun limau
2 sudu air limau nipis
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu sos Thai
Garam dan gula secukup rasa
 
 
Cara Membuatnya:
  • Ketam dibersihkan terlebih dahulu dan digoreng. Ketepikan seketika.
  • Tumis bawang Holland, sos tiram, sos cili, sos Thai, cili kisar, serai dan sedikit air.
  • Gaul sehingga bahan masak.
  • Kemudian, masukkan ketam dan gaul sebati sebelum memasukkan air limau nipis.Sedia dihidangkan.

No comments