Header Ads

Rahsia beli kasut jimat wang

Gaji baru sahaja masuk, nampaknya ramai yang sudah berkira-kira untuk membeli kasut baru. Selain keperluan dan menambah koleksi kasut dalam almari, ada juga yang bercadang membelinya sebagai persediaan sebelum raya ini. Tidak salah jika kita berbelanja sedikit untuk diri sendiri. Orang kata, reward atas usaha kita bekerja selama ini. Namun, ada satu rahsia yang ramai wanita tidak tahu. Rahsia membeli kasut tetapi masih boleh jimat banyak wang.

Sebenarnya rahsia membeli kasut ada pada tujuan anda membeli kasut itu sendiri. Dengan pembelian kasut yang betul, anda bukan sahaja boleh menjaga kesihatan kaki dan tubuh badan, malah anda juga dapat berjimat agar tidak perlu membeli kasut baru dengan lebih kerap. Maka wanita-wanita sekalian, ini rahsianya:

Selesa
Pilih kasut yang berkusyen tebal dan diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimumkan kecederaan. Paling penting untuk berasa selesa pada kaki lebih-lebih lagi  jika pekerjaan anda melibatkan anda banyak bergerak, ia pasti menjadi satu kekangan jika kasut yang anda gunakan tidak selesa. Tidak kiralah sama ada ia jenis flat ataupun bertumit, apa yang penting, ia perlu selesa.

Pilih warna terang
Jangan takut untuk membeli kasut berwarna terang atau garang. Pasti anda juga akan merasa bosan jika kasut anda hanya terdiri daripada warna-warna selamat seperti putih, hitam dan coklat. Lakukan perubahan pada warna kasut anda. Sebagai contoh, penggunaan warna neon pada kasut kini semakin mendapat tempat. Jika anda bijak memadankannya dengan pakaian, ia dapat menyerlahkan personaliti anda. Malah warna-warna terang ini, apabila pudar nanti, masih lagi kelihatan.

Tinggi rendah?

Rata-rata wanita akan memilih kasut bertumit tinggi untuk kelihatan lebih bergaya dan cantik. Akan tetapi tidak ramai yang selesa dengan kasut bertumit ini. Lebih-lebih lagi untuk dipakai sepanjang hari. Anda akan menderita! Yang sebenarnya, boleh bertumit tinggi tanpa rasa sakit. Tip nya adalah dengan memilih jenis kasut yang sesuai. Kasut bertumit seperti stiletto sememangnya tidak sesuai untuk ke pejabat.

Jenis yang sesuai seperti platform shoes dan wedges yang mempunyai tapak yang tebal. Ia lebih selamat dan mudah untuk anda mengimbangi badan walaupun anda tinggi. Jangan terlalu terpengaruh dengan rupa paras kasut yang cantik. Postur tubuh boleh terganggu dengan kasut yang bertumit tidak sesuai dengan berat dan cara kita berjalan. Keselesaan adalah paling utama.

Rekaan
Saiz dan bentuk kaki sememangnya berbeza, ada yang kecil, besar, mengembang di hadapan, runcing dan pelbagai lagi. Oleh itu, anda juga harus ingat tidak semua bentuk kaki sesuai dengan semua jenis kasut. Mungkin sahaja anda telah bertemu dengan saiz kasut yang tepat, tetapi mungkin bentuk ataudesign kasut itu tidak sesuai sehingga membuatkan kaki anda terkeluar di bahagian hadapan.

Kasut yang sesuai untuk kaki yang sedikit mengembang di hadapan ialah kasut bertutup penuh, sepertiMary Jane. Kasut ini adalah kasut tali atau sandal yang memiliki tumit yang rendah, luas dan jari kaki tertutup bulat. Terdapat juga satu tali ber’buckle ‘ menyilang pada punggung kaki atau sekitar pergelangan kaki. Dengan bentuk sebegini pastinya jari di hadapan kaki anda akan lebih selesa dan tertutup cantik.

 Awas!
Jangan mudah terpedaya dengan jualan murah yang ada sehingga mengabaikan faktor keselesaan pada kaki anda.  Anda harus tahu material yang digunakan agar kulit pada kaki anda dapat bernafas dengan baik. Seperti mana badan, kaki juga mengeluarkan peluh. Anda bayangkan jika sepanjang hari anda berkasut sendat dan tiada aliran udara, ia pasti akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apabila buka kasut, sema orang boleh pengsa, fuh!

Ada juga yang mengabaikan soal penting seperti insole kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir. Alasannya, 'kaki saya tidak berpeluh, maka kulit itu kering'. Atau 'saya pakai stokin, tidak mengapa memakai kasut berkulit khinzir.' Ingat ya wahai wanita-wanita Nur sekalian. Kecantikan tidak mengabaikan hukum. Cantik mana pun kasut yang anda lihat, pilihlah yang lebih baik lagi. Bersih, suci, selesa dan juga murah adalah kelebihan yang patut anda lihat lebih dari cantik.

No comments

Powered by Blogger.