Header Ads

5 Cara Mudah Manjakan Diri

Kehidupan harian yang mencabar, membuatkan kita cepat letih dan stres. Oleh kerana itu, sesekali kita perlu cari masa buat diri seniri. Manjakan diri dengan cara mudah agar kembali segar untuk meneruskan tanggungjawab kita.

Hadiah untuk diri sendiri
Yang sebenarnya membeli hadiah kepada diri sendiri merupakan salah satu cara memanjakan diri yang sangat berkesan. Janganlah takut untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli beg tangan baru berjenama atau sepasang kasut atau apa-apa yang menjadi minat anda sendiri. Anda akan merasakan ia sangat bernilai kerana merupakan hasil daripada kerja keras anda sendiri.

Bercuti merehatkan minda
Ambil masa hujung minggu sebagai waktu untuk anda melarikan diri daripada kesibukkan bandar. Rancanglah satu trip percutian anda bersama keluarga ke destinasi pilihan anda. Mungkin anda boleh memilih kawasan percutian seperti Pulau Perhentian atau Pulau Tioman kerana kecantikkan dunia di dasar lautan pasti dapat menenangkan fikiran anda buat seketika. Jika anda mempunyai bajet lebih, pergilah melancong ke luar negara.

Urutan spa
Siapa sahaja yang tidak suka memanjakan diri di spa? Nah, tunggu apa lagi. mungkin ramai sudah menyimpan dendam ingin ke sana tetapi masih tidak berkesempatan. Mengapa perlu bertangguh? Curi masa walau hanya sekejap untuk memanjakan diri dengan urutan melegakan di spa. Kini, terdapat banyak pilihan spa dari harga yang berbaloi. Pilihlah spa anda sendiri!

Lakukan aktiviti kegemaran
Semenjak sibuk dengan pelbagai komitmen, pasti ramai di antara anda yang telah meningggalkan hobi yang diminati anda. Tahukah anda, jika anda meluangkan masa dengan melakukan aktiviti kegemaran anda seperti bermain boling dan menonton wayang, anda akan dapat mengurangkan kadar stress dengan cepat. Hal ini kerana, minda akan merasa lebih selesa dan relaks apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kita minati. Jadi, luangkan masa anda mungkin pada hujung minggu untuk melakukan hobi kegemaran anda.

Makanan
Manjakan diri anda dengan makanan yang sedap dan berkhasiat. Bagi anda yang minat memasak, mungkin anda boleh mencuba beberapa resepi baru dari pelbagai negara seperti Bibimbab daripada negara Korea. Untuk pergi ke sana semata-mata ingin mencuba makanan mereka agak mustahil untuk jangka masa terdekat. Jadi, tidak salah jika anda cuba membuatnya sendiri di rumah.
Tidak tahu resipi tidak mengapa. Zaman serba canggih ini segalanya di hujung jari. Gunakan kemudahan talian untuk mencari resipi yang anda inginkan dengan hanya taip dan tekan 'enter'. Jangan susah-susah.

No comments

Powered by Blogger.