Header Ads

Amaran panas luar biasa

Awas, kita berisiko terkena ‘sunstroke’ atau strok matahari yang boleh menyebabkan pengsan jika berada di kawasan panas terlalu lama. Memang tidak dapat dinafikan kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Kita sering kali mendengar keluhan orang di sekeliling tentang cuaca panas yang terlampau. Melalui pembacaan kami di akhbar, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa cuaca panas kering dijangka berlarutan sehingga September. Ya, tiga bulan lagi untuk mengharungi detik-detik panas luar biasa ini.

Hal ini adalah disebabkan musim Monsun Barat Daya yang baru sahaja bermula  beberapa bulan yang lalu. Kita sedia maklum tentang kesan negatif jika terdedah kepada cuaca panas tanpa sebarang perlindungan. Berikut ada beberapa langkah yang kami cadangkan untuk anda mengharungi cuaca panas luar biasa ini.

·         Minum air mineral setidak-tidaknya dua liter sehari. Cuaca yang panas akan membuatkan badan manusia cepat terhidrat.
·         Banyakkan pengambilan buah-buahan dan juga sayur-sayuran kerana kedua ini mampu membantu mengembalikan kandungan air dalam    badan. Disamping itu, khasiat dan vitaminnya mampu melindungi sel kulit dari rosak terkena cahaya panas matahari.
·         Bagi kanak-kanak dinasihatkan menggunakan payung ke sekolah. Hal ini kerana kanak-kank mempunyai sistem perlindungan diri lebih rendah berbanding orang dewasa. Maka, perlindungan lebih kepada mereka adalah langkah terbaik.
·         Mandi dengan kadar  yang kerap supaya suhu badan akan kembali normal. Anda juga dapat menghilangkan rasa tidak selesa akibat berpeluh.
·         Rajin menyapu krim pelembab yang mengandungi kandungan SPF yang tinggi atau losyen pada badan dan kawasan kulit yang terdedah. Perkara ini dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar.

Sesungguhnya hujan dan panas itu adalah nikmat daripada Tuhan, jadi usahlah kita mengeluh. Setiap kurniaan-Nya pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi. Jadi, amalkan cara-cara di atas dan kekal sihat dan proaktif dalam melakukan kerja harian anda walaupun dalam cuaca panas. 

No comments

Powered by Blogger.