Header Ads

Hati-Hati Wanita Yang Terlebih Dandan!

Wanita yang menampakkan perhiasan, bermekap tebal dan menampakkan anggota tubuh untuk menarik perhatian boleh didefinasikan sebagai tabarruj. Ramai wanita mula tertanya-tanya dan kadang-kala lupa apa tabarruj yang telah mereka lakukan. Hendak cantik salah, menjadi hodoh pun kena kutuk juga!

Sejak dari dulu lagi, wanita dan kosmetik memang tidak boleh dipisahkan. Tidak ada salahnya bersolek asalkan tidak keterlaluan seperti memakai bedak tebal, pembayang mata, pemerah pipi yang terang dan warna gincu yang berkilau lagi terang kerana ia boleh dikategori sebagai perbuatan tabarruj. 

Berkaitan minyak wangi pula, tidak salah jika seorang wanita hendak memakai minyak wangi tetapi janganlah mengeluarkan bau yang terlalu kuat sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati kaum agar mereka menciumnya bererti ia telah berzina."

Hari ini, banyak gambar wanita yang mengenakan pakaian ketat dan nipis biarpun mereka sedang menutup aurat terutama di laman sosial. Meskipun menutup aurat tetapi pakaian yang dipakai jelas menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh turut tergolong kategori tabarruj dan ini adalah haram.

Berhati-hati jika mahu tampil cantik dengan mencabut bulu dahi, mencantas kening atau menggunakan  pendakap gigi kerana ia juga perbuatan tergolong tabarruj. Perbuatan yang dilaknat ini tidak seharusnya berlaku kerana untuk cantik tidak bererti wanita perlu mengubah diri.

Bagi wanita yang merasakan cantik itu perlu, anda masih boleh cantik tetapi hanya di depan suami  kerana ia satu kewajipan. Ingatlah bahawa haram jika anda tampil 'terlebih cantik' di depan lelaki yang bukan mahram. Bukankah lebih baik menjadi sederhana dan tampil cantik semulajadi?

No comments

Powered by Blogger.