Header Ads

Bahan masakan untuk kecantikan

Beberapa senarai rempah-ratus dan kekacang yang boleh anda  gunakan untuk rawatan kecantikan tubuh.

·         KUNYIT
Merupakan salah satu petua untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam pada mata. Caranya haluskan satu atau dua biji kunyit dan tambahkan sedikit susu. Lalu terapkan pada kulit sekitar mata. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air hangat. Ia juga berupaya mengusir kelemumur dan memperbaiki masalah kulit kepala yang kering. Selain itu, khasiat kunyit juga dapat melembapkan dan menghaluskan kulit yang kasar.


·         BAWANG PUTIH
Dipercayai mampu mengecutkan jerawat dan menghaluskan kulit wajah. Bawang putih juga mengandungi komponen zat organosulfur yang bernama allicin. Zat ini memiliki kemampuan untuk menghaluskan dan melembutkan tekstur kulit serta mampu membantu menghilangkan kesan regangan kulit. Tapi sayang, tidak ramai menggunakannya kerana tidak tahan dengan baunya yang menyengat.


·         MINYAK ZAITUN
Selain terbukti menyihatkan jantung, minyak zaitun juga bagus untuk kecantikan kulit kerana kandungan dari minyaknya dapat melembutkan dan membuat kulit lebih kenyal.


·         MINYAK BIJAN
Minyak bijan berfungsi menghaluskan dan melembutkan kulit. Khasiatnnya hampir serupa dengan minyak zaitun namun mempunyai kadar dan aroma yang berbeza. Selain kulit, khasiatnya juga bagus untuk rambut dan kuku yang pecah-pecah.

·         KACANG HAZEL
Kekacang ini mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi, zat besi yang memperbaiki fungsi produksi darah serta kalium yang berguna untuk stimulasi sistem saraf dan otot. Selain untuk kesihatan, kacang hazel juga adalah jenis kekacang yang kaya vitamin, mineral dan minyak semula jadi yang berguna untuk menutrisi, menghaluskan dan melembapkan sehingga berupaya memberi perlindungan pada kulit.

No comments