Header Ads

10 Tip ‘selamatkan’ wang anda

‘Aduh, harga barang semakin naik, belanja pun semakin bertambah la nampaknya’. Itulah keluhan yang sering kita dengar kini. Gaya hidup sebagai wanita bekerjaya memang memerlukan banyak belanja tidak kira di rumah, di tempat kerja mahupun keperluan peribadi lain. Bertindak bijak dengan berjimat! Itu yang boleh anda lakukan untuk menangani masalah ini. Ayuh, mari  praktikkan cara hidup berjimat ini untuk ‘selamatkan’ wang anda. 

Kad kredit
Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit dan hanya gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan anda. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal. 

Beli barang pada harga borong / pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di pasaraya besar malahan ada sesetengah pasaraya yang menawarkan keahlian yang lebih menjimatkan berbanding kedai runcit yang mempunyai perbezaan yang agak ketara. 

Petrol
Paling penting ialah servis kereta anda mengikut tempoh yang dicadangkan kerana jika tidak digantikan minyak hitam atau peralatan yang diperlukan, keperluan petrol memang akan melebihi dari penggunaan normal. Dalam keadaan genting ini, anda pasti tidak mahu membazirkan petrol anda bukan? 

Masak dan makan di rumah
Bagi wanita bekeluarga, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, anda juga menjaga kesihatan keluarga kerana banyak makanan luar disediakan dengan perasa dan perisa tambahan. Sudah tentu anda tidak mahu kesihatan keluarga anda terjejas bukan? Ingat, kurangkan garam & gula dalam masakan! 

Kenderaan ke pejabat
Lebih baik anda menggunakan kenderaan awam. Jika rumah anda sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan anda. Sebenarnya ia juga menjimatkan wang anda disamping dapat membantu mengurangkan pencemaran udara. 

Mix and match baju
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Anda perlu bijakmix&match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru. 

Produk baru?
Jika berkenan dengan sesuatu produk namun harganya mahal pula, apa kata anda buat pertimbangan yang bijak sebelum membelinya. Fikir sama ada adakah ianya berbaloi dengan keperluan anda dan berbaloikah dengan wang anda? 

Senaman
Jangan menghabiskan wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling anda seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin anda untuk sihat. Jika anda membeli alat senaman yang mahal harganya dan akhirnya tidak memanfaatkannya, ianya satu pembaziran. 

Aksesori
Untuk aksesori pula, pilihlah yang bersesuaian dengan pemakaian anda seperti rantai labuh. Pilihlah aksesori yang boleh digayakan dengan pelbagai pakaian. Contohnya dari segi warna aksesori, jenis dan dari bahan yang ringan dan tidak membebankan. 

Jualan murah
Jika anda peminat setia kepada sesuatu jenama yang mewah, namun harganya menidakkan untuk anda memilikinya. Apa kata tunggu sahaja bila ada jualan murah. Anda mungkin dapat membeli lebih dari satu barang pada harga yang sama. Ini lebih menguntungkan bukan?

No comments