Header Ads

Makanan Hebat Untuk Bayi

Semua ibu bapa inginkan anak-anak yang sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Kata orang pemakanan memainkan peranan penting membentuk pertumbuhan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Oleh itu pastikan jenis makanan yang diberikan kepada bayi apabila sudah makan makanan pejal adalah makanan yang berkhasiat.
Ibu disarankan menyediakan makanan daripada bahan-bahan berikut untuk hidangan si manja bagi membantu impian merangsang bayi yang sihat dan cerdas. 
1. Telur. Kaya akan protein dan vitamin D yang membantu tubuh dalam penyerapan kalsium untuk pertumbuhan tulang. 
2. Oatmeal. Kajian mendapati  bayi yang makan banyak makanan kaya gandum lebih fokus apabila mual ke sekolah.  Ia juga kaya dengan serat yang bagus untuk sistem pencernaan. 
3. Buah. Terkenal  kaya dengan banyak  vitamin dan mineral selain tinggi dengan serat. Beri anak makan pelbagai jenis buah supaya dia mendapat khasiat yang maksimum. 
4. Kekacang. Memakan kekacang dalam jumlah yang berpatutan memberi manfaat yang baik kerana ia mengandungi lemak bagus untuk kesihatan jantung. 
5. Susu. Protein yang ada dalam susu membantu membentuk sel-sel pada otak, sementara kandungan kalsiumnya menjadikan tulang dan gigi anak sentiasa kuat. 
6. Blueberi. Salah satu buah yang mengandung antioksidan ini boleh mencegah obesiti, penyakit jantung dan diabetes. 
7. Tauhu. Makanan berharga murah yang kaya dengan khasiat protein dan berfungsi sebagai anti kanser. 
8. Tomato. Ia terkena kaya dengan lycopene, iaitu enzim yang berfungsi  mencegah tubuh daripada perlbagai penyakit kanser. 
9. Yogurt rendah lemak.  Mengandung bakteria baik yang boleh meningkatkan imuniti badan dan melancarkan pencernaan. 
10. Kobis. Selain mengurangkan risiko terkena penyakit kankser, kobis boleh membantu melunturkan racun-racun yang ada pada badan.

No comments

Powered by Blogger.