Header Ads

Kepentingan Kerusi Keselamatan Bayi


Mungkin bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, persoalan tentang perlukah membeli kerusi keselamatan bayi bermain di fikiran. Bila ditanya pendapat orang, ada yang mengatakan perlu tetapi ramai juga yang kata tidak penting. Jadi mana satukah yang perlu diikuti?

Biarpun undang-undang di Malaysia tidak mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan bayi di dalam kereta, namun kebanyakan pakar di seluruh dunia sebulat suara menyatakan bahawa tempat paling selamat bagi bayi baru lahir yang menaiki kereta adalah kerusi keselamatannya sendiri.

Kerusi keselamatan bayi adalah satu keperluan yang perlu dimiliki sebelum bayi dilahirkan. Memilih kerusi keselamatan mengikut usia dan berat bayi adalah sangat penting. Anda juga perlu memastikan ia dipasang dengan sempurna.

Sekiranya kerusi keselamatan tersebut tidak muat dalam kereta, atau sukar dipasang di tempat sepatutnya, janganlah membelinya. Sesetengah kerusi keselamatan berfungsi baik dalam model kereta berbeza-beza. Jadi, cuba terlebih dahulu sebelum membelinya. Kerusi keselamatan yang baik seharusnya boleh diikat ketat dengan tali pinggang keledar dengan pergerakan ke tepi yang minimum.

Cuba pelbagai model kerusi keselamatan dengan meletakkan ia di tempat duduk kereta dan memasang tali pinggang keledar. Jika kerusi banyak bergerak, ia tanda tidak selamat!

Saiz yang sesuai

Saiz kerusi keselamatan bayi agak mengelirukan, kerana pelbagai sistem berlainan digunakan untuk mengkategorikannya. Pihak pengeluar biasanya merujuk saiz mengikut kumpulan. Carta berikut dapat membantu anda memilih kerusi keselamatan bayi yang sesui mengikut usia dan beratnya.
Berat
Usia
  Kumpulan
   Peringkat
Dari lahir hingga 10kg
Bayi baru lahir hingga 9 bulan
         0
Dari lahir hingga 13kg
Bayi baru lahir hingga 5-18 bulan
         0+
           
9kg hingga 18kg
9 bulan hingga 4 tahun
         1
            2
15kg hingga 25kg
Sehingga 6 tahun
         2
            3
22 kg hingga 36kg
Sehingga 11 tahun
         3
            4
Infant carrier
 Jika berat bayi anda 0 sehingga 10kg, dia memerlukan kerusi keselamatan menghadap ke belakang. Ia dikenali sebagai Kumpulan 0, 0+ atau Peringkat 1 kerusi keselamatan, ia lebih mudah dikenali sebagai infant carrier.

Kebanyakan infant carrier yang ada di pasaran diklasifikasikan sebagai Kumpulan 0+ (pilihan terbaik untuk bayi semasa menaiki kereta kerana dengan menghadap ke belakang untuk tempoh masa lama, ia memberikan sokongan kepada kepala dan lehernya).

Bayi kecil kerap tidur, jadi anda mudah untuk mengalihkan bayi keluar masuk kereta tanpa mengejutkannya dengan menggunakan infant carrier yang mempunyai pemegang. Ia juga didatangkan dengan bantal kecil yang membantu kepala bayi baru lahir tidak terhuyung-hayang semasa kereta bergerak. Anda boleh menggunakannya untuk tempoh masa tiga bulan pertama atau sehingga bayi boleh menyokong kepalanya dengan betul.

Kebaikan infant carrier

  • Anda boleh membawa bayi keluar masuk kereta tanpa mengganggunya tidur.
  • Sesetengah kerusi keselamatan bayi mempunyai gerakan menghayun yang boleh digunakan sebagai rocking chair di rumah.
  • Jika kerusi keselamatan bayi sebahagian daripada sistem kembara, anda boleh memasangnya terus ke kereta sorong bayi.
Keburukan infant carrier

  • Ia semakin sukar dan berat untuk dibawa apabila berat badan bayi semakin bertambah.
  • Kebanyakan kerusi keselamatan bayi (kecuali jenis ‘lie flat’) menyebabkan bayi seperti terhimpit. Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama dalam kerusi keselamatan bayi kerana boleh menyebabkan ketegangan pada perkembangan tulang spina bayi.
  • Kerusi jenis ini hanya sesuai digunakan untuk tempoh masa setahun pertama usia bayi sahaja. Selepas itu anda perlu membeli kerusi keselamatan peringkat kedua yang boleh menghadap ke hadapan.
Kerusi keselamatan kombinasi

Kerusi keselamatan bayi kombinasi bermakna ia boleh digunakan untuk kedua-dua arah. Bayi boleh mula menggunakan secara menghadap ke belakang: klasifikasi sebagai Kumpulan 0+ (sehingga 13 kg) dan kemudian bertukar kepada kerusi menghadap ke hadapan sebagai Kumpulan 1 (sehingga 18kg), sebaik sahaja bayi boleh duduk dengan yakin tanpa pantauan.

Kerusi jenis ini lebih berat daripada infant carrier dan tidak mempunyai pemegang, jadi ia perlu kekal di dalam kereta. Oleh itu penting bagi anda untuk mencuba kerusi keselamatan ini sebelum membelinya bagi memastikan ia betul-betul muat di dalam kereta untuk kedua-dua arah.

Kebanyakan ibu bapa memilih untuk membeli dua jenis kerusi keselamatan, jadi jika mereka memiliki anak seterusnya ia boleh digunakan oleh bayi sementara anak lebih besar menggunakan kerusi menghadap ke hadapan.

  • Perlu diingat, jika membeli kerusi jenis menghadap ke belakang jangan sekali-kali pasang di kerusi penumpang hadapan sekiranya beg udara keselamatan dipasang di dalam kereta.
  • Sekiranya menggunakan kerusi keselamatan bayi terpakai pastikan anda yakin tentang sejarah kualitinya demi keselamatan bayi anda.

Sumber PaMa

No comments

Powered by Blogger.