Bertungku segarkan tubuh
AMALAN bertungku telah berakar-umbi dalam kalangan masyarakat Melayu kerana banyak kebaikan yang diperoleh daripadanya.Bertungku seeloknya dilakukan pada wanita yang baru melahirkan anak
dan sedang berpantang. Menggunakan batu yang dipanaskan merupakan cara
paling mudah dan menjimatkan masa.
Pemilik Spa, Nurul Huda Saparuddin, berkata, terdapat
dua kaedah bertungku iaitu tungku yang dibakar menggunakan api atau
direbus sehingga mendidih dengan air panas.Bertungku menggunakan batu yang direbus, membuatkan batu tungku tersebut akan menjadi panas pada bahagian luar dan dalam.Selalunya bertungku dilakukan setelah wanita tersebut selesai diurut
pada awal pagi dan pada waktu petang selepas mandi selama 45 minit.
Dengan meletakkan batu tungku di tempat yang betul ia membantu
mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan melancarkan semula perjalanan
darah sekali gus menjadikan tubuh kembali segar serta bertenaga.Bertungku untuk wanita yang sedang dalam pantang bersalin dilakukan
pada bahagian peranakan, selain dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan
belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan dalam keadaan ibu
berbaring.
Bertungku sesuai dilakukan pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari
naik, dan pada waktu petang selepas Asar. Tengku perlu dibakar semula
sekiranya telah sejuk," katanya di temui di spanya yang terletak di Selangor.Tambahnya lagi, selain bertungku, digalakkan juga menuam bahagian
kaki dan perut bayi untuk menyegar dan melancarkan darah menggunakan
batu tungku yang lebih kecil.
Post a Comment