Khasiat Herba Tatkala Berpantang
sumber: majalah pa & ma
Setiap tumbuhan ada manfaatnya tersendiri dan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak berkurun dahulu. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyelongkar rahsia keberkesanan penggunaan pelbagai jenis tumbuhan tatkala berpantang yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
SERAI
Kandungan citral di dalam tumbuhan ini amat berkesan dalam membantu proses pencernaan,melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah, turut membantu anda menurunkan suhu badan.
KURMA
Kajian membuktikan buah ini adalah antara makanan yang paling pantas diproses bagi membekalkan tenaga. Memandangkan selepas bersalin, anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurmalah pilihan yang sesuai. Apatah lagi, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.
LADA HITAM
Rempah ini memiliki banyak khasiat. Terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Antara lain, ia dapat melancarkan aliran darah, mengatasi perut kembung dan mengubati sakit serta pening kepala.
BAWANG PUTIH
Bahan masakan ini mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protein, serat dan lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan potassium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu, ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
KUNYIT
Tumbuhan yang diklasifikasikan sebagai paling banyak bermanfaat dalam dunia perubatan ini mampu membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
HALIA
Mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1, C dan protein menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Lebih daripada itu, rasa dan aroma pedasnya dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
LENGKUAS
Tumbuhan yang diklasifikasikan sebagai paling banyak bermanfaat dalam dunia perubatan ini mampu membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
Post a Comment