11 Cara Untuk Bakal Pengantin Lebih Sihat
sumber : majalah pengantin
11 Cara Untuk Bakal Pengantin Lebih Sihat
Tinggal beberapa bulan lagi unuk anda melangkah ke alam rumah tangga. Tentu sekali hati berdegup kencang menanti hari bahagia. Tiada selera makan, badan merasa penat atau tidak cukup tidur kerana menyiapkan persiapan akhir dan sebagainya. Jadi, mengapa anda mendera diri anda semata-mata perkara ini. Anda boleh melakukan persiapan ini tetapi badan juga harus di jaga. Oleh itu, beberapa langkah untuk anda sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.
1. Tidur Yang Cukup
• Berdasarkan kajian, sebahagian wanita hanya tidur enam jam sahaja sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebam hitam di keliling mata. Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
2. Ketawa
• Ketawa merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia nanti. Tempuhlah dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan.
3. Jangan Pendam Emosi
• Perasaan anda tentunya bertambah celaru, apatah lagi hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin baju pengantin, hantaran atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, jangan anda bermuram dan memendam perasaan yang boleh menjejaskan emosi anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia membantu meningkatkan kekuatan diri.
4. Optimis
• Sikap ini mempengaruhi ketahanan diri terhadap penyakit. Cenderung untuk memiliki dan berkongsi hidup bersama pasangan anda. Jangan bersikap pesimistis dengan menganggap perkahwinan satu yang membebankan.
5. Elakkan Stress
• Stress yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan tidak berseri di hari persandingan.
6. Ambil Vitamin
• Kesibukan anda tentu membuatkan anda tidak cukup makan, jangan biarkan diri anda tidak terurus. Vitamin A, C, E dan mineral dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.
7. Minum air masak
• Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurangnya ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lendir di hidung dan kerongkong.
8. Senaman
• Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan system pertahanan diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari keraian anda itu.
9. Kurangkan Makanan Manis
• Jangan biarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak padan. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi fungsi badan.
10. Pengambilan Sumber Makanan
• Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda.
11. Terapi
• Perkara penting sebelum hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan untuk memastikan badan anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.
Post a Comment