Header Ads

Hipertensi ancam kehamilan

sumber : berita harian


2010/03/25







SAKIT kepala yang teruk ketika hamil mungkin berpunca daripada beberapa sebab. Tetapi, antara masalah lazim yang tidak boleh dipandang remeh, ia mungkin tanda yang menunjukkan anda sebenarnya menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi, satu keadaan yang mana kenaikan tekanan darah arterial melebihi julat normal yang dijangka daripada kumpulan umur tertentu.



Hakikatnya, sesiapa saja boleh diserang hipertensi ketika hamil walaupun sebelum itu tidak pernah menghidapi masalah darah tinggi. Tidak hairanlah, ramai wanita tidak sangka mereka boleh menghidap hipertensi ketika hamil.

Sesetengah wanita mungkin hanya mengalami tekanan darah tinggi sepanjang tempoh kehamilan saja tetapi selepas bersalin keadaan kembali normal.


Keadaan ini berlaku kerana ramai wanita mengandung makan berlebihan kerana selera mereka meningkat ketika hamil. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah darah tinggi.



Namun, tidak kurang juga ada wanita selepas bersalin akan berterusan dikesan berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi. Justeru, seseorang itu perlu mengawalnya dan tidak boleh ambil mudah saja apabila mengalami tanda seperti sakit kepala dan dalam keadaan tertentu, mungkin mengalami muntah-muntah.

Darah tinggi terjadi apabila darah dalam 'arterial' dan 'venous circuit' sistem kardiovaskular mengalir dengan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa.

Keadaan itu menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk menentukan pengaliran darah ke seluruh tubuh dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain wanita hamil, kanak-kanak juga boleh mengalami hipertensi. Semua itu berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, sekali gus menjadi punca utama hipertensi di kalangan generasi muda. Berasaskan data terkini yang boleh didapati, sekurang-kurangnya 42 peratus dewasa Malaysia berusia lebih 30 tahun mengalami hipertensi.

Hanya 35.8 peratus yang prihatin mereka mempunyai hipertensi. Tetapi lebih membimbangkan lagi kerana daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini hanya lapan peratus daripada mereka dapat mengawal tekanan darah mereka supaya berada dalam julat yang boleh diterima.

No comments

Powered by Blogger.