Makanan Perlu Dielak Bayi
Kadang kala kita berasa kasihan melihat si kecil memerhatikan makanan
yang kita makan. Pantas sahaja kita menyuapnya tanpa memikirkan kesan
makanan tersebut kepada bayi kecil. Awas kerana makanan berikut tidak
elok untuk bayi anda.
- Kerepek
Ia mengandungi terlalu banyak garam, hingga boleh menyebabkan perut
kecil bayi menjadi kenyang untuk makan makanan yang berkhasiat.
- Makanan segera
Burger, pizza dan makanan goreng mengandungi banyak garam, gula dan lemak tepu yang tidak sesuai untuk bayi.
- Makanan tersedia
Ia hanya sesuai untuk hidangan orang dewasa. Memang mudah
menyediakannya, hanya perlu panaskan dalam microwave sahaja tetapi
kandungan garamnya yang tinggi tidak sesuai untuk bayi.
- Gula-gula
Mengandungi gula yang tinggi. Ia boleh merosakkan lapisan enamel pada
gigi bayi. Bahkan gula-gula juga berisiko menyebabkan bayi tercekik.
- Bijirin sarapan manis
Jangan teruja untuk memberi bayi anda merasa makanan ini. Sebenarnya ia
lebih banyak mengandungi paras garam yang tinggi dan terlalu manis.
Pastikan anda periksa label pada kotak dahulu.
- Kentang jejari
Proses menggorengnya membuatkan ia mengandungi banyak lemak tepu. Ini
tidak bagus untuk perut si kecil anda. Jika ingin memberikan kentang
jejari kepada bayi, ubah cara memasak kepada memanggang.
Post a Comment