Monday, September 28, 2015

4 Sebab Ibu Mengalami Puting Melecet

Adakah anda merasa pedih di bahagian puting payu dara ketika menyusukan bayi? Itu tandanya anda mengalami puting melecet. Ketahui apakah sebabnya.
 
1. Kedudukan ketika menyusukan bayi yang tidak betul.
 
2. Pelekapan mulut bayi yang tidak menghisap aerola ibu dengan betul.
 
3. Bayi tidak mendapat susu walaupun sudah puas menghisap.
 
4. Bayi menarik puting ibu membuatkan terasa sakit, pedih dan melecet.
 
Kebanyakan ibu yang baharu melahirkan anak dan menyusukan bayi akan mengeluh dan berputus asa kerana mengalami sakit dan pedih di bahagian puting payu dara. Hal ini membuatkan mereka tidak selesa dan trauma untuk menyusukanbayi.
 
Jangan cepat berputus asa kerana masalah puting melecet boleh diatasi, asalkan ibu tahu puncanya. Oleh kerana ibu baharu masih belum ada pengalaman menyusukan bayi, maka masalah kedudukan bayi yang tidak betul ketika menyusukan bayi adalah perkara biasa. 
 
Kunci kejayaan menyusu supaya ibu tidak mengalami masalah puting melecet adalah kedudukan dan pelekapan ketika menyusu yang betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa. 
Sebenarnya ketika menyusu, bayi bukan menghisap puting payu dara ibu tetapi cara yang betul bayi hendaklah menghisap aerola ibu. Kebanyakan ibu meletakkan kedudukan bayi untuk menghisap putingnya.
 
Ini yang mengakibatkan puting menjadi melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting. Pastikan ibu membuatkan bayi membuka mulutnya luas dan lebar agar menghisap penuh aerola ibu.  Dengan itu ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet. 
 
Ketika bayi menghisap aerola, puting terletak di antara lelangit mulut bayi. Kedudukan ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Masalah melecet boleh dielakkan jika ibu faham cara betul menyusukan bayi.
 
Antara petunjuk bayi menyusu dengan betul adalah keadaan pipinya. JIka pipi bayi menggembung, itu tandanya bayi dalam kedudukan dan pelekapan menyusu yang betul.  Jadi, pastikan keadaan bayi menghisap aerola ibu dengan betul. 

Sumber Pa&Ma

No comments:

Post a Comment