Wednesday, October 29, 2014

Resepi Oreo Cheese Cake Kukus

Bahan2 untuk alas bawah (base):

30 keping biskut oreo (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Cara2 membuatnya:
1. oreo dikisar (kuantiti mengikut besar loyang..agak2 la)
2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam oreo
3. padatkan di dalam loyang
4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

Bahan2 untuk cheese cake:
250 g cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 s/b jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 s/k esen vanilla
3 s/b tepung kastard
1 cawan oreo (dicincang halus)

Cara2 membuatnya:
1. pukul cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu persatu.
2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit lemon.
3. kacau hingga sebati. masukkan oreo cincang tadi. kacau sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
4. tutup loyang dengan kertas aluminium
5. kukus selama 1 jam.

No comments:

Post a Comment