Header Ads

Kek Belacan Kukus

Bahan-bahan:
 
16oz mentega
10 biji telur
1 gelas gula halus (DJ guna 1/2 gelas jer)
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil nestle cream
1 peket kecil horlicks
2 gelas tepung gandum
Browning sugar secukupnya (jika susah nak dapat, sila rujuk DI SINI untuk cara-cara membuatnya)
satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1.Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti.
2.Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya).
4.Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati.
5.Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan.
6.Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
7.Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
8.Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
9.Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam
Sejukkan sebelum dipotong..

Selamat mencuba!

No comments