Header Ads

Makanan Perlu Dielak Bayi

Dalam keghairahan anda menyediakan pelbagai jenis menu untuk si manja jangan tersilap memperkenalkan mereka dengan makanan yang tidak sepatutnya. Makanan tersebut dibimbangi boleh mengganggu selera makan si kecil sekaligus menjadi amalam pemakanan tidak sihat apabila mereka membesar.
Kadang kala kita berasa kasihan melihat si kecil memerhatikan makanan yang kita makan. Pantas sahaja kita menyuapnya tanpa memikirkan kesan makanan tersebut kepada bayi kecil. Awas kerana makanan berikut tidak elok untuk bayi anda.
  1. Kerepek
Ia mengandungi terlalu banyak garam, hingga boleh menyebabkan perut kecil bayi menjadi kenyang untuk makan makanan yang berkhasiat.
  1. Makanan segera
Burger, pizza dan makanan goreng mengandungi banyak garam, gula dan lemak tepu yang tidak sesuai untuk bayi.
  1. Makanan tersedia
Ia hanya sesuai untuk hidangan orang dewasa. Memang mudah menyediakannya, hanya perlu panaskan dalam microwave sahaja tetapi kandungan garamnya yang tinggi tidak sesuai untuk bayi.
  1. Gula-gula
Mengandungi gula yang tinggi. Ia boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi bayi. Bahkan gula-gula juga berisiko menyebabkan bayi tercekik.
  1. Bijirin sarapan manis
Jangan teruja untuk memberi bayi anda merasa makanan ini. Sebenarnya ia lebih banyak mengandungi paras garam yang tinggi dan terlalu manis. Pastikan anda periksa label pada kotak dahulu.
  1. Kentang jejari
Proses menggorengnya membuatkan ia mengandungi banyak lemak tepu. Ini tidak bagus untuk perut si kecil anda. Jika ingin memberikan kentang jejari kepada bayi, ubah cara memasak kepada memanggang.

No comments

Powered by Blogger.