Header Ads

Uniknya Kad Kahwin

Dahulu, kad kahwin adalah medium penting yang menjadi perantara di antara keluarga bakal pengantin dan juga tetamu yang akan hadir.  Selain daripada jemputan mulut ke mulut, kad yang disediakan dalam bentuk cetakan perlu untuk memastikan ianya akan disimpan dan diingati.  Hanya maklumat penting sahaja yang akan dimasukkan ke dalam kad kahwin itu seperti nama pengantin, nama ibu dan bapa, tarikh, waktu majlis berlangsung dan nombor untuk dihubungi.

Tetapi, kini evolusi kad kahwin berjalan seiring dengan teknologi semasa.  Rekaan kad kahwin disediakan dalam pelbagai bentuk dan mengikut citarasa bakal pengantin itu sendiri.  Pelbagai maklumat lengkap juga disediakan selain maklumat asas seperti peta dan ucapan kepada bakal pengantin.  Pelbagai bentuk daripada yang kecil saiznya sehingga ke besar dan diikuti dengan gambar juga diselitkan.  Kos juga semakin bertambah untuk penghasilannya namun ia tetap memberi kepuasan kepada bakal pengantin untuk mengagihkan kad yang telah siap dicetak.

Antaranya kad jemputan dengan rekaan seperti pasport, surat khabar, bil elektrik, buku bank, buku sekolah dan bermacam-macam lagi.  Pesona Pengantin kongsikan bersama anda sedikit rekaan yang unik dan menarik.  

No comments

Powered by Blogger.