Header Ads

Brownie Cake Butter

Bahan Brownie :

1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula perang
140 gm coklat masakan
1 biji telur gred A - dipukul
1/4 cawan tepung serbaguna
Bahan Kek Butter :
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
2 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
50 ml susu segar

Cara Buat

1. Griskan loyang

2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.

3. Cara Membuat Brownie :

4. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.

5. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.

6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.

7. Cara Membuat Kek Butter :

8. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.

9. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.

10. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.

No comments