Header Ads

Tofee Cheese Cake

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan

*Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
*Satukan biskut dan mentega
*Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
*Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
*Padatkan biskut dalam loyang
*Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang

======================================
Cheese Cake

250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

*Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
*Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
*Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata

*Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
*Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
*Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
*Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
*Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
*Bakar guna api atas dan bawah

======================================
Caramel

1 1/2 cawan gula
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega

*Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
*Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
*Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat

*Biarkan ia suam
*Tuangkan atas cheese cake tadi
*Simpan dalam peti ais hingga dingin
*Hiaskan dengan coklat Tofee

No comments

Powered by Blogger.