Nasi Goreng Kerabu
Asyik masak nasi putih, kadang mahu juga tukar selera dengan hidangan bergoreng. Anda yang suka dengan nasi goreng, boleh cuba resepi Nasi Goreng Kerabu yang mana resepi ini adalah sangat istimewa dengan rasa campuran bahan-bahan ala-ala masakan Thai.
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 batang serai - dihiris halus
1/2 biji tomato - dicincang
1/2 bawang Holland - dihiris nipis
5-6 tangkai cili padi - dicincang halus
2 helai daun limau nipis
Sedikit kubis - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
2 sudu sos tiram
2 sudu air limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya:
- Nasi putih digoreng bersama sos tiram terlebih dahulu. Ketepikan.
- Selepas itu, campurkan semua bahan di atas di dalam bekas dan gaul sebati.
- Kemudian, masukkan pula nasi yang siap digoreng tadi bersama dengan air limau nipis. Gaul seketika.
- Sedia dihidangkan.
Post a Comment