Sunday, April 27, 2014

Kuih Siput Mudah

Bahan-bahan :

120 gram tepung gandum
1/4 camca teh garam
1 camca marjerin
2 camca gula halus
2 camca telur yang telah dipukul
1 camca pati santan
3/4 camca teh biji lemuju
8 biji lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh jintan yang ditumbuk halus

Cara-cara :

* Ayak tepung dan garam, ramaskan dengan marjerin supaya menjadi doh
* Masukkan telur, gula, biji lemuju, lada hitam dan jintan putih, gaul dengan rata
* Masukkan pati santan sedikit demi sedikit dan uli campuran sehinggan menjadi doh yang lembut.
* Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Tekan bebola diatas acuan dan buatkan bentuk kulit siput yang kecil.
* Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment