Header Ads

Gulai Sotong Sumbat

Sotong di bersihkan dan di sumbat inti udang dimasukkan kepala sotong dan di cucuk lidi...di kelar2 sikit badan sotong tu...kelar sikit je...nanti bocor lak...tadi lupa nak kelar

Inti udang :

Beberapa ekor udang di buang kulit,di bersihkan dan di tumbuk,masukkan hirisan daun bawang,bawang besar cincang dan garam.Gaul rata dan masukkan ke dlm sotong.
Gulai :

Cili merah
Bawang besar dan bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Air asam jawa
Garam dan gula
Hirisan daun kunyit


Cara :
  1. Blend halus cili merah,bawang besar,bawang putih,halia,kunyit dan lengkuas.
  2. Tumis kedalam minyak...bila dah wangi masukkan sotong,air asam ,kacau rata
  3. Masukkan santan...bila dah mendidih rasakan garam dan gula
  4. Taburkan hirisan daun kunyit....bagi yg suka pedas..masukkan beberapa tangkai cili padi.

No comments

Powered by Blogger.