Wednesday, April 23, 2014

Buang toksin dengan asparagus

Asparagus pasti sahaja tidak asing bagi ‘vegetarian’ atau peminat setia sayur-sayuran. Ada yang mengenalnya sebagai tanaman herba yang memliki ketinggian 100-150 cm juga tidak mengeluarkan bunga. Banyak manfaat yang ada pada tumbuhan ini…jom baca untuk kenal asparagus!

Asparagus atau dikenali sebagai ‘asparagus officinalis’ dan berasal daripada keluarga ‘liliaceae’, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut ‘asparajin’ yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Ha, kalau anda nak tahu, jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti ‘eczema’ dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

Lepas ni, jom cari asparagus dan buang toksin dalam badan!-RAPI

No comments:

Post a Comment