Header Ads

Buang bulu dengan coklat

Disebabkan mampu mengurangkan rasa sakit, chocolate wax mendorong ramai orang bertukar daripada pisau cukur kepada cara wax ini untuk menghilangkan bulu-bulu di kawasan peribadi. Ini kerana kandungannya berunsurkan bahan semulajadi di samping mempunyai banyak kelebihan lain buat wanita yang pentingkan penjagaan diri. Tetapi jangan cairkan coklat masak anda lagi, baca artikel ini sehingga habis.

Ini bukan coklat yang anda ada di rumah. Istimewa mengenai chocolate wax ialah, meskipun bahannya terdiri daripada bahan lilin, namun kita tidak akan berasa panas ketika meletakkan ia pada kulit. Bukan itu sahaja, kadar pertumbuhan rambut pada kulit juga dikatakan lebih lama iaitu sekurang-kurangnya 15 hari berbanding wax biasa, di mana rambut biasanya akan mula tumbuh semula dalam masa satu minggu.

Ia juga boleh didapati dalam pelbagai perisa yang menarik seperti coklat putih, coklat gelap, pisang dan juga oren. Perisa-perisa ini selain daripada memberikan rawatan aromatik, ia juga dikatakan berkesan dalam menghapuskan rambut-rambut halus terus ke akarnya.

Minyak atau pati yang terkandung di dalam chocolate wax ini juga menjadi kelebihan membuang bulu dengan cara ini. Ia mampu memerangkap kelembapan di dalam lapisan kulit, malah dikatakan melembut kulit dengan baik.  

Jika anda ingin mencubanya di rumah, terdapat beberapa panduan asas yang perlu dipatuhi. Pastikan anda dapatkan chocolate wax daripada pengeluar yang dipercayai. Sapu dengan lapisan yang nipis kerana hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapat hasil yang efektif.  Juga, jangan menyapu wax pada tempat yang sama berulang kali. Ini kerana bagi kulit yang sensitif, ia mungkin akan menyebabkan iritasi pada kulit. Dah, jom kita buang bulu dengan coklat!-RAPI

No comments

Powered by Blogger.