Header Ads

Apakah Bayi IUGR?

Soalan:
Saya baharu melahirkan anak secara pembedahan kerana dikatakan mengalami IUGR. Dengan berat badannya 2 kg, ada doktor mengatakan anak saya boleh dilahirkan secara normal dan tidak dikategorikan sebagai IUGR. Apakah sebenarnya IUGR dan apa penyelesaian terbaik untuknya?
Jawapan:
Intra Uterine Growth Restriction atau singkatannya IUGR adalah suatu keadaan di mana terjadi gangguan nutrisi dalam proses pertumbuhan janin. Akibatnya, berat badan bayi tidak meningkat dan statik.
Mengikut definisi, bayi IUGR adalah bayi yang mempunyai berat badan di bawah 10 peratus daripada graf statistik berat badan bayi yang normal. Rekod pertumbuhan janin anak anda mungkin menunjukkan masalah ini ketika diperiksa oleh doktor yang menjaga anda.
Sebelum doktor menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi, pasti doktor sudah pun memikirkan dengan mendalam, mana yang lebih selamat antara bersalin secara pembedahan atau normal.
Faktor-faktor yang menyebabkan IUGR adalah:
  1. Faktor daripada ibu: alcohol, merokok, sesetengah jenis ubat (corticosteroid, propanolol, dilantin, heroin), anemia, malnutrisi, berat badan ibu kurang daripada 50 kg, penyakit jantung, hipertensi kronik, hipertensi, connective tissue disease.
  2. Faktor daripada bayi: Masalah genetik dan kromosom, jangkitan kuman dalam janin ketika hamil.
  3. Faktor plasenta: placenta preavia, abruption placenta.
Ibu boleh mengelakkan masalah IUGR dengan berhenti daripada merokok dan sebagainya, tetapi ada juga faktor-faktor yang tidak dapati ditangani seperti keadaan genetik  dan kromosom bayi. Terdapat juga kes bayi-bayi IUGR mengalami masalah seperti kecacatan dan kematian dalam rahim.
Sumber PaMa

No comments

Powered by Blogger.