Rias wajah, tampil jelita
Mata, fikiran, dan hati sering kali inginkan kejelitaan apabila tiba hari persandingan. Bukan senang untuk mempelai menggayakan dandanan serta solekan yang anggun di hari persandingan. Teknik merias wajah tidak terhad kepada jenis kulit dan warna kulit sahaja malahan menyeluruh kepada teknik menyembunyikan kekurangan pada wajah untuk tetap tampil cantik dan menarik. Kali ini Pesona Pengantin menyediakan beberapa tip daripada jurusolek professional khas untuk semua bakal pengantin agar kelihatan jelita di hari bersejarah.
Panduan
Kulit cerah amat sensitif terhadap persekitaran, jadi elakkan makanan berminyak, pedas atau tempat-tempat kotor yang hanya akan menimbulkan ruam-ruam di wajah anda (ini penting terutamanya seminggu sebelum majlis berlangsung)
- Walaupun anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih warna tema tetapi minta nasihat daripada pakar supaya ia tidak menenggelamkan penampilan pengantin.
- Berbincang dengan jurusolek terlebih dahulu tentang konsep yang anda ingini, contoh resepsi pada waktu siang, malam, di rumah atau di dewan supaya mudah untuk jurusolek mengawal gaya solekannya.
Apa kata Jurusolek
- Solekan untuk bakal pengantin tidak hanya bergantung kepada warna kulit sahaja. Malah ia menyeluruh terhadap bentuk wajah, gaya rambut yang ingin didandan serta pakaian yang akan dikenakan pada hari tersebut.
- Kombinasi warna pembayang mata juga penting supaya mata kelihatan lebih galak daripada biasa. Elakkan daripada terlalu banyak mencampur banyak warna supaya mata anda tidak kelihatan seperti badut.
- Gunakan bulu mata palsu akan menambahkan lagi gaya anda.
- ‘Shading’ penting supaya bentuk wajah kelihatan lebih bujur serta lebih menarik.
sumber: pesona pengantin
Post a Comment