Header Ads

Belai tubuh anda…

sumber : pesona pengantin




Pulau Sibu Resort Spa mungkin masih baru buat pencinta spa, terutama di kalangan bakal mempelai yang akan datang berkunjung untuk berbulan madu. Namun tahukah anda, spa ini bukan sahaja menerima pelanggan di kalangan wanita, malah turut menyediakan perkhidmatan buat lelaki. Spa yang baru dibuka ini bertujuan memberi lebih kemudahan kepada mempelai untuk membelai tubuh semasa berbulan madu. Berbeza dengan spa lain, spa ini mempunyai perkhidmatan tersendiri dengan mencipta minyak pati lemon sebagai layanan permulaan kepada tubuh pelanggan.


Lulur Pati Garam & Minyak Lemon


Lulur ini akan disapu ke seluruh badan sambil teknik urutan bagi merehatkan tubuh dilakukan. Urutan bagi menghilangkan stres menggunakan minyak ini juga dikatakan mampu melancarkan semula peredaran darah serta merehatkan urat yang tegang. Di samping itu ia juga mampu melembutkan kulit anda.



Urutan Minyak Pati Aromaterapi


Selepas mandian lulur, bakal mempelai akan diurut keseluruhan badan dengan tumpuan diberi di bahagian kaki sehingga ke pinggang. Urutan ini memberi tumpuan di bahagian yang mempunyai banyak urat tenaga batin ini dan elok dilakukan sebulan sebelum ‘bersama’ si dia. Ia bertujuan untuk membetulkan urat yang merangsang nafsu syahwat, melancarkan peredaran darah serta mengecutkan vagina.



Mandian Bunga


Selepas dilulur dan diurut anda akan diminta untuk merendam tubuh di dalam tab mandian yang mengandungi air yang telah dicampur dengan garam bukit dan bungaan segar. Ia bertujuan menutup semula liang roma yang terbuka tadi serta merehatkan lagi tubuh. Mandian bunga ini menggunakan beberapa jenis bungaan segar yang dikenalpasti mempunyai ‘kuasa’ yang mampu menyegarkan semula aura serta tubuh. Setelah 30 minit berendam, air rendaman tadi akan dicampur pula dengan susu segar bertujuan untuk memberi zat galian pada kulit serta menghaluskannnya.

No comments

Powered by Blogger.