Rahsia kecantikan Melayu silam
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/01/14
srul@hmetro.com.my
2010/01/14
sumber : harian metro
ORANG tua dahulu percaya ramuan kecantikan boleh diperoleh di dapur. Mereka menggunakan kunyit, beras, temu lawak, daun limau purut, timun dan pulut sebagai rutin perawatan dari zaman anak dara sehingga berkahwin.
Di Spa Ledang Best Western Premier Seri Pacific (BWPSP), rahsia kejelitaan Melayu silam ini kembali disingkap menerusi penggunaan ramuan semula jadi meliputi herba, rempah ratus dan haruman bunga semula jadi.
Petua kecantikan seperti bertangas, bertungku dan mandi bunga ditawarkan dalam suasana eksklusif.
Penyelianya, Syazmin Syamin Idris, berkata pihaknya menawarkan amalan kecantikan warisan Melayu silam termasuk bertangas untuk mengeluarkan peluh bagi membuang toksik khususnya di bahagian sulit wanita.
“Amalan bertangas menggunakan ramuan herba dan rempah ratus membantu mengatasi masalah keputihan dan kegatalan vagina gadis. Bagi wanita yang sudah berusia, ia membantu mengetatkan saluran vagina selain masalah haid tidak teratur,” katanya.
Amalan bertungku jika diamalkan selalu membantu mengempiskan perut, menghilangkan garis kesan pembedahan untuk mereka yang baru bersalin dan memulihkan rahim yang jatuh atau ’simpan batu merian’.
“Rawatan mandi bunga yang menggunakan bunga mawar dan melur dan memanfaatkan khasiat susu membantu menambah aura seri wajah,” katanya.
Mereka yang mahu mencuba rawatan menyeluruh boleh mengambil pakej Rahsia Puteri Ledang meliputi urutan minyak herba seribu bunga, perawatan kulit kepala, perawatan wajah, skrab dan mandian susu bercampur herba di samping pilihan bertangas dan bertungku.
“Pakej Diang Suri dan Rendaman Kuntum pula untuk tetamu wanita dengan mandian dan terapi urutan kepala dan bahagian bahu.
“Kaum lelaki boleh mencuba spa dengan dekorasi Nusantara ini dengan pakej Taming Sari menampilkan perawatan akar rambut dan mandian herba,” katanya.
Jika bersama keluarga atau pasangan, ada lima bilik rawatan dengan dua daripadanya dilengkapi sauna dan jakuzi. Sudut khas untuk pengunjung melakukan perawatan rambut dan tata hias kuku tangan dan kaki.
Post a Comment