Kenali Organ Intim Wanita
sumber: majalah wanita
TIDAK SEMUA WANITA MENGENALI ORGAN INTIM MILIK MEREKA. ADA RAMAI YANG MASIH BELUM MENGETAHUI FAKTA PENTING DAN JUGA PERMASALAN YANG TIMBUL BERKAITAN VAGINA YANG MEMAINKAN PERANAN UTAMA DALAM AKTIVITI SEKS. KALAU ADA PUN PERSOALAN ATAU KEMUSYKILAN YANG TIMBUL BERHUBUNGAN BAHAGIAN INI, ADA SESETENGAH WANITA YANG MEMENDAMKAN SAJA KERANA MALU UNTUK BERTANYA. ANTARANYA SEPERTI PERKARA BERIKUT:
Apa sebenarnya vagina?
Vagina adalah satu saluran pendek yang bermula dari lubang di mulut vagina hingga ke pangkal mulut rahim. Bahagian vagina yang boleh dilihat di vulva. Ia berfungsi sebagai pelindung vagina terhadap kekerasan dan juga kecederaan dari luar. Vulva terdiri daripada dua bahagian iaitu labia majora, labia minora, klitoris, lubang vagina bahagian luar, selaput dara, salur kencing dan rambut kemaluan.

Di manakah titik saraf perangsang ghairah seksual?
Seluruh bahagian permukaan vagina termasuk di dinding vagina memiliki saraf rangsangan seksual. Setiap wanita pula memiliki titik-titik sensitif rangsangan yang berbeza. Anda dan pasanganlah yang harus cuba menjelajahi bahagian ini.

Apa faktor pendorong ghairah seks wanita?
Ghairah atau nafsu seks wanita bergantung kepada keseimbangan jumlah hormon dalam tubuh mereka serta keadaan fizikal dan psikologi. Hormon yang mempengaruhi tinggi atau rendah nafsu seks wanita adalah estrogen, progesteron dan androgen. Bagi memastikan nafsu seks sentiasa baik, jumlah untuk ketiga-tiga jenis hormon itu haruslah seimbang. Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil hormon tambahan pastikan anda mengambil ketigatiganya sekali. Selain itu faktor fizikal, psikologi juga memainkan peranan. Sekiranya tubuh sedang penat ataupun dalam keadaan tertekan, wanita biasanya akan mengalami penurunan nafsu seks.

Boleh vagina kembali rapat?
Sungguhpun banyak produk yang mendakwa boleh merapatkan vagina wanita namun ia tidak mungkin kembali seperti wanita yang belum berumah tangga dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Namun sekiranya ini yang menjadi masalah buat wanita, ada beberapa jenis senaman yang mampu menegangkan kembali otot sekitar vagina iaitu senaman Kegel. Sungguhpun tidak mampu menjadikan vagina kembali ‘rapat’ seperti dahulu, namun ia berkesan memberi kepuasan dalam hubungan suami isteri sekiranya diamalkan dengan teratur.

Bagaimana selaput dara boleh rosak?
Selaput dara yang menutupi liang vagina bahagian luar (bagi yang belum melakukan hubungan seks) memiliki lubang tetapi cukup kecil. Fungsinya untuk mengeluarkan darah haid atau lendir yang berlebihan. Oleh itu apapun yang dimasukkan ke dalam liang vagina akan merosakkan selaput tersebut. Bukan saja ubat tapi juga jari, tampon atau benda-benda keras yang lain. Sekiranya anda belum berkahwin dan perlu mengambil ubat yang dimasukkan melalui liang vagina, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Kesan sampingan cairan antiseptik atau pembersih vagina?
Sekiranya vagina tidak bermasalah, penggunaan antiseptik tidak digalakkan. Cairan antiseptik boleh digunakan sekiranya vagina mengalami jangkitan ataupun luka. Vagina memang diciptakan sebagai organ yang memiliki cara pembersihan semula jadi. Dalam keadaan normal, pada vagina hidup beberapa jenis bakteria seperti Baccilus vaginalis dan Lacto vaginalis yang berfungsi menjaga keseimbangan kadar asid dalam vagina. Bagi membersihkan anggota sulit ini cukup sekadar membersihkannya dengan air. Sabun boleh digunakan semasa kedatangan haid. Bagi menjaga kebersihan vagina sebaiknya ganti seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari, tuala wanita sekerap mungkin ketika haid serta gunakan seluar dalam dari jenis kain yang menyerap peluh. Vagina yang dalam keadaan lembap akan menggalakkan kehadiran kulat.

Kenapa vagina sakit ketika hubungan seks?
Di bahagian bawah vagina terdapat otot yang menjadi sebahagian otot dasar pinggul. Sekiranya keadaan mental anda tidak tenteram (takut, tertekan dan sebagainya) otot tersebut akan berkerut atau mengecil. Begitu juga jika berlakunya jangkitan atau luka di bahagian tersebut. Sekiranya dalam keadaan itu, berlakunya kemasukan penis, maka vagina akan berasa sakit dan perit. Semakin anda tidak relaks, semakin sakit vagina akan dirasai.

Selanjutnya di dalam majalah MINGGUAN WANITA minggu ini.
Post a Comment