Cirit-Birit Serang Si Kecil
Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit, dia akan membuang air besar
yang berair lebih kerap daripada biasa. Selain makan makanan yang
tercemar, kemungkinan juga si kecil makan makanan yang terlalu
berkhasiat untuknya atau mengandungi lebih serabut daripada yang biasa
dimakannya.
Anda juga boleh melakukan penjagaan sendiri di rumah apabila si kecil diserang cirit-birit.
- Pastikan anak minum banyak air. Bancuh minuman glukosa untuknya. Larutkan tiga sudu teh serbuk glukosa dan setengah sudu teh garam dalam 200ml air didih yang sejuk. Anda juga boleh membeli serbuk penghidratan sedia ada di farmasi.
- Berhati-hatilah terhadap kebersihan. Cuci tangan anda selepas menyalin kain lampin bayi anda dan sebelum menyediakan makanannya. Pastikan anak anda sentiasa mencuci tangannya selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
Sekiranya anak anda ada mengalami tanda-tanda seperti cirit-birit
selama lebih daripada enam jam, mempunyai darah pada najisnya dan
menunjukkan tanda penghidratan, maka segara bawanya berjumpa doktor
untuk rawatan lanjut.
Doktor akan memeriksa dan menyiasat punca cirit-birit anak dan
merawatnya berdasarkan diagnosis tersebut. Sekiranya anak mengalami
penghidratan, doktor akan memberikan serbuk penghidratan untuk diminum.
Sekiranya tahap dehidrasinya sangat teruk, anak perlu ditahan di wad
hospital untuk diberi cecair tambahan yang diperlukan melalui drip.
Post a Comment