Atasi Masalah Pori-pori Di Wajah!
Limau nipis bukan sahaja dikenali sebagai penghilang bau hamis atau campuran penyedap masakan, tetapi baik untuk membuatkan pori-pori mengecil dan menghilangkan kelebihan lemak pada jenis kulit berminyak.
Ambil isi limau nipis, oles pada kulit wajah. Biasanya di sekitar hidung dan pipi yang pori-porinya terlihat besar. Bagi memutihkan dan menghaluskan kulit, usap potongan limau nipis pada wajah dan kulit bahagian tubuh lainnya.
Siapa tahu petua tradisonal ini lagi menjadi daripada anda menggunakan produk yang belum tentu puas hati walau harganya mahal!
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Post a Comment