Monday, November 3, 2014

Ayam Kicap Berlada Hitam

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Cara-cara :

 
Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 


Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. 


Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 

Masukkan sos tiram dan kacau sebati.


Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 


Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 


Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. 

Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.

Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!

No comments:

Post a Comment