Header Ads

Resepi Pavlova Cinta

Bahan-bahan:

3 biji Telur putih saiz A
1 cawan Gula kastor
1 sudu besar Esen vanila
1 sudu besar Cuka epal
1 sudu besar Tepung jagung

Cara-cara membuatnya:
1-     Pertama sekali, pukul telur putih bersama gula sehingga kental.
2-     Masukkan esen vanila dan pukul lagi selama seminit.
3-     Kemudian, masukkan cuka dan tepung jagung pula.
4-     Teruskan memukul sehingga 2 1 minit.
5-     Letakkan baking paper di atas loyang pembakar. Panaskan ketuhar 130 Celsius.
6-     Bentukkan adunan tadi di atas baking paper dan bakar selama 1 jam.

Bahan-bahan membuat krim vanila:

250 gm Krim whipping
1 sudu Esen vanila
Buah strawberi dan kiwi (hiasan)

Cara-cara membuat krim vanila:
1-      Pukul krim whipping sehingga kental.
2-      Masukkan esen vanila dan pukul sedikit hingga rata.
3-      Dibiarkan sejuk sebentar di dalam peti sejuk.
4-      Sediakan buah-buahan pilihan anda seperti strawberi dan kiwi.
5-      Dipotong cantik dan diletakkan pada pavlova. dara

Oleh: Julida Dara Dot Com

No comments