Header Ads

Punca Otak Cepat Tua

Penuaan otak memang merupakan proses semula jadi. Ia terjadi seiring dengan pertambahan usia seseorang, bagaimanapun terdapat juga punca lain yang menyebabkan otak anda tua sebelum waktunya.
 
Terlalu banyak guna ubat-ubatan
Penuaan otak dapat dikenal pasti dengan penurunan kemampuan seseorang dalam memahami perkara-perkara baru, kemampuan intelek, daya fokus dan juga daya ingat. Mereka yang masih muda juga tidak terkecuali mengalami perkara sedemikian sekiranya menggunakan terlalu banyak ubat-ubatan atau terlalu sedikit atau kombinasi beberapa ubat.
 
Gangguan metabolisme
Gangguan metabolisme seperti disfungsi tiroid, anemia dan defiensi nutrisi juga akan memberi kesan pada fungsi mental. Jika terjadi pada golongan tua, ia di abaikan kerana perkara yang berlaku dianggap biasa.
 
Jangkitan virus, bakteria dan kulat
Otak juga sangat sensitif terhadap jangkitan virus, bakteria dan kulat. Jangkitan pada bahagian ini akan menyebabkan masalah pikun atau demensia.
 
Tekanan
Punca lain  penuaan otak juga boleh kerana akibat tekanan. Waktu stress tubuh akan menghasilkan hormone kortisol. Dalam jumlah yang kecil ia akan memperbaiki daya ingatan tetap dalam jumlah besar ia akan menghilangkan neuron dalam hipokampus iaitu salah satu bahagian otak. 
 
Pencemaran
Selain itu pencemaran udara dan juga makanan tercemar dapat juga merosakkan otak. Contohnya menghirup udara yang mengandungi karbon monoksida, aluminium timah, nikel dan juga memakan ikan ikan laut yang tercemar dengan bahan merkuri.
 
Oleh: Nadia Seri Dewi Keluarga

No comments