Sunday, May 11, 2014

Selamatkah Antibiotik Ketika Hamil

Ketika mengandung, bakal ibu cenderung untuk berasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia dipreskripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika mengandung bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan selain berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.
Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika sedang mengandung mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.
Kajian yang dilakukan oleh Children’s Hospital of Philadelphia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang berkaitan dengan kuman dan bakteria, terutama dalam sistem pencernaan.
Dikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman dan bakteria, salah satunya adalah jangkitan E.coli yang boleh membawa maut terutama dalam kalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu, bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimum terutama bakteria baik di dalam ususnya.
Oleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika ibu sekadar diserang demam selesema biasa sahaja.

Sumber PaMa

No comments:

Post a Comment