Header Ads

Petua Hilangkan Pecah Tumit Kaki

Alamak, tumit kaki bertukar jadi bermasalah? Mula pecah dan kasar? Pasti ramai yang mula susah hati jika melalui saat ini, tambah pula golongan wanita. 

Kadangkala faktor cuaca yang panas, kekerapan berjalan, penggunaan kasut yang tidak sesuai dan juga berat badan yang berlebihan menjadi punca kepada masalah ini berlaku.

Pasti ramai yang ingin mengetahui petua untuk mengatasi keadaan ini bukan? Di sini terdapat beberapa panduan yang boleh anda ambil.

Apa yang anda perlukan adalah beberapa helai daun pisang yang dikeringkan. Caranya begitu mudah.

Ramas beberapa helai daun pisang kering lalu digosok-gosokkan ke tumit yang pecah tadi. Daun pisang kering itu juga boleh digosok ke seluruh badan terutama di celah-celah yang mdah berdaki.

Jika selalu diamalkan, tubuh anda akan sentiasa bersih dan halus.

Oleh:Imah Mingguan Wanita

No comments