Header Ads

Makanan Lancarkan Susu Ibu

Tugas utama seorang ibu selepas melahirkan bayi adalah memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.
Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.
Antara masalah yang menghalang ibu daripada menyusukan bayinya adalah jumlah susu yang tidak mencukupi bahkan selepas dipam sekalipun, kuantiti susu yang keluar hanya sedikit sahaja. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh ibu menyusu sekiranya mahu terus susu yang dihasilkan cukup untuk diberikan kepada si kecil. Antara langkah yang paling mudah iaitu menjaga pemakanan. Makan makanan yang kaya dengan khasiat agar ia menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Ada beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh meningkatkat pengeluaran susu ibu. Ibu disarankan mengelakkan pengambilan makanan pedas kerana ia memberikan kesan kepada penghasilan susu yang mengakibatkan bayi susah menghadamnya.
Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu.
Pelbagai sayur-sayuran
Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih.
Buah-buahan
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.
Bijirin
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.
Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ikan
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.
Produk tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.
Teh herba
Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.
Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar.

Sumber PaMa

No comments