Rawat Denggi Dengan Ketam?
Musim banjir berlalu, kini tiba pula musim demam denggi menyerang. Menurut sumber daripada Sinar Harian, enam kematian telah dilaporkan akibat serangan denggi dalam dua minggu pada awal tahun 2014. Difahamkan juga, sejumlah 1,946 kes demam denggi dilaporkan seluruh Negara dalam tempoh 5 hingga 12 Januari, meningkat 907 kes (87.3 peratus) berbanding 1,039 kes pada minggu sebelumnya. Huh, bukan main-main serangan denggi kali ini ya. Tahukah anda, ketam didakwa dapat membantu dalam proses pemulihan daripada denggi ini?
Wah, pasti saja ramai yang tidak mengetahui selain enak dimasak gulai, ketam juga kaya dengan pelbagai khasiat lain. Ada yang mengatakan ia mujarab dalam merawat denggi juga penyakit chikungunya yang diakibatkan oleh bawaan nyamuk. Ketam seperti ketam nipah dikatakan perlu dimasak sebagai sup dan pesakit perlu minum serta makan isinya sekali untuk tujuan meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan.
Pesakit denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. Dan menurut pembacaan kami, terdapat beberapa kajian yang mengatakan ketam mengandungi protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.
Namun begitu, pemeriksaan daripada doktor haruslah diutamakan. Mereka juga lebih arif dalam hal ini. Bagi anda yang alergi kepada makanan laut seperti ketam pula, baiklah anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Ingat, sentiasalah kekal sihat untuk cantik!
Sumber Rapi
Post a Comment