Header Ads

Rahsia Awet Muda Mama [Hot Mama]

Peningkatan usia tidak boleh disekat saban tahun tetapi sebagai ibu yang sibuk, anda boleh melakukan sesuatu untuk sentiasa kelihatan berseri, bertenaga dan menawan. Apakah rahsia awet muda untuk ‘hot mama’?
  1. Jangan stres
Secara psikologi, keceriaan di wajah akan terpancar apabila dalaman anda bahagia. Jangan jadikan keletihan bergelar ibu sebagai alasan untuk tampil selekeh. Tanggungjawab sebagai ibu perlu selaras dengan penampilan agar suami terus terpikat dengan anda. 
  1. Makan buah dan sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas. 
  1. Ambil vitamin C
Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada buah-buahan segar terutama oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C dikatakan dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran. 
  1. Minum air kosong
Ia bukan mitos tetapi fakta. Sesiapa yang rajin minum air kosong enam hingga lapan gelas sehari akan membuatkan kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi, anda berupaya menguarangkan tekanan dan menyegarkan kulit. 
  1. Makan sedikit tetapi kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini, organ dalam badan dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.
Sumber PaMa

No comments