Header Ads

Perkara Penting Tentukan Majlis Pertunangan

Walaupun tidak semeriah majlis persandingan anjurannya, tidak bermakna majlis pertunangan boleh dilakukan secara sambil lewa.  Majlis bertunang lebih ringkas, namun tetap menjadi sejarah dan kenangan manis dalam hidup bagi pasangan yang akan menyunting dan disunting.  Ketahui empat perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan. 
  1. Persetujuan keluarga
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga.  Tarikh dan tempat perlu dipersetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain. 
  1. Pilih tarikh dan masa yang sesuai
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang menjadi jemputan di majlis pertunangan anda nanti.  Terutamanya mereka yang akan hadir daripada pihak keluarga bakal tunangan anda.  
  1. Perbincangan ringkas
Seelok-elok dan sebaik-baiknya pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan.  Ini merangkumi jumlah hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan, tempoh pertunangan yang telah ditetapkan dan perkara-perkara lain yang perlu dibincangkan bagi mengelakkan sebarang percanggahan pendapat kelak. 
  1. Tema majlis
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut cita rasa anda.  Tidak semestinya hiasan warna tema perlu sama dengan hiasan bilik, mini pelamin, barangan hantaran atau busana bertunang anda.  Tetapi dapatkan padanan yang bersesuaian pasti ia akan tampak lebih meriah dan cantik. 

Jika anda tidak memilih tema yang tertentu untuk majlis bertunang anda, pastikan ada keserasian dari segi pemilihan warna di antara satu sama lain.  Ambil kira juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain seperti warna dinding rumah dan bilik anda.

sumber gambar : internet

No comments