Kulit Selepas Pembedahan Caesarean
Kata orang luka pembedahan Caesarean selepas bersalin sukar dijaga. Banyak pantang larang yang mesti dipatuhi untuk memastikan lukanya benar-benar sembuh. Luka pembedahan memerlukan penjagaan rapi kerana ia melibatkan luka dalaman yang sebenarnya mengambil masa untuk sembuh kembali.
Selepas beberapa bulan sembuh daripada luka pembedahan, kebanyakan ibu mengadu mudah berasa gatal di sekitar kulit bahagian dibedah. Adakah ia perkara normal? Sebenarnya jika ditanya kepada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, mereka mengakui merasakan kesan tersebut.
Namun begitu, jangan bimbang kerana hal tersebut adalah masalah normal yang dialami oleh ibu yang melahirkan anak secara pembedahan. Menurut pakar dermatologi di University of Cincinnati, apa yang dialami oleh para ibu tersebut adalah kerana saraf-saraf yang terpotong ketika proses pembedahan mula bersambung kembali menyebabkan rasa gatal terasa pada ketika itu.
Bahagian hujung saraf yang mula tersambung itu akan membentuk jaringan saraf seperti normal sehingga luka yang awalnya tidak terasa akan mula terasa seperti biasa. Kedengarannya rasa gatal yang dialami merupakan petanda luka pembedahan di bahagian dalam mula sembuh perlahan-lahan.
Selain daripada bahagian hujung saraf mula bersambung, bulu roma yang tumbuh di sekitar luka tersebut juga menandakan proses penyembuhan berlaku. Oleh kerana anda akan berasa sedikit terganggu dengan kegatalan yang dialami, pastikan menggunakan sabun mandi yang lembut dank rim hydrocortisone selepas mandi. Jangan terlalu menggosok kawasan luka tersebut.
Walaupun rasa gatal adalah normal, tetapi jangan dibiarkan jika sudah mencecah bulan keenam selepas kelahiran bayi. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber PaMa
Post a Comment