Amalan "berpantang" selepas bersalin
DOKTOR, saya baharu sahaja bersalin anak pertama seminggu yang lepas. Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Nini, Kubang Pasu, Kedah.
JAWAPAN:
Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan
kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi
hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada
kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut.
Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami
isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas
(darah yang keluar selepas melahirkan anak).
Perubatan
Dari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria
(kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi
salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan
salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan
episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku
hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi
sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga
beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan
mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Pemakanan
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.

Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan
atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu
ibu kepada bayi.Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air
walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi
yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta
dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas
akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan
moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk
meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari
berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran
bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun
begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu
dielakkan.
Perubahan mental
Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan
fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan
kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan
untuk sementara waktu.
Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari
dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan,
tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika
ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan
sediakala. Proses ini digelar involution.
Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang
diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan
sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula
mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.
Post a Comment