5 Latihan Kikis Lemak
sumber: majalah remaja
Membakar kalori bukan bererti hanya boleh di lakukan dengan berdiet sahaja. Kamu juga boleh lakukannya dengan berolahraga. Berikut adalah antara aktiviti yang boleh membantu untuk menurunkan kalori dalam tubuh kamu. Percaya atau tidak, hanya dalam masa 30 minit, ia boleh membakar sejumlah 300 kalori. Jadi tunggu apa lagi! Pastinya ini berita baik untuk kamu yang mahu tampil langsing bukan? Jom kita mulakan latihan-latihan berikut.
1.Squash
Istimewanya sukan squash ini, kamu tidak perlu menunggu sehingga 30 minit untuk membakar 300 kalori. Dalam 15 hingga 20 minit, olahraga ini sudah mampu membakar 300 kalori. Ini kerana kamu akan terus berlari tidak kiralah cepat ataupun lambat. Tambahan lagi sukan ini memerlukan kamu memberi reaksi yang cepat dan beri tumpuan untuk memukul bola. Ini sahaja sudah membakar banyak kalori.
2. Lari Di Tempat Yang Tidak Rata
Berlari di tempat yang tidak rata akan lebih mudah membakar kalori berbanding kamu berlari di trek. Ini kerana kamu perlukan lebih banyak stamina untuk berlari di tempat yang berbatu ataupun berumput. Kesukaran inilah membantu untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Aturan larian sama seperti kamu lari di trek. Agar boleh membakar 300 kalori, kamu harus berlari sehingga 30 minit.
3. Stepper
Bagi kamu yang ada alatan ini sudah pasti boleh menggunakannya namun ia agak lambat sedikit untuk menurunkan kalori. Seperti kamu naik tangga, tangan kurang bergerak kecualilah kamu melepaskan tangan. Itu akan menambahkan sedikit kesukaran ketika menggunakan alat ini. Untuk mencapai 300 kalori dalam 30 minit, kamu harus mengatur alat pada tahap kelajuan 5. Pertahankan tahap kelajuan tersebut hingga selesai. Sekiranya kamu terasa penat perlahankan langkah kamu.
4. Berenang
Faedah berenang, kamu akan melatih seluruh otot tubuh dalam satu latihan. Ini kerana seluruh otot akan bergerak sehingga lebih banyak kalori yang terbakar. Hanya di perlukan 20 minit untuk membakar 300 kalori. Tetapi perlu diingatkan kamu harus berenang non stop serta variasikan gaya renang kamu sehingga seluruh otot tubuh terlatih dengan baik.
5. Lompat Tali
Latihan ini boleh membakar 300 kalori hanya dalam masa 15 minit. Pantas bukan? Ia juga mudah, tidak perlu mengeluarkan wang, boleh di lakukan di mana-mana serta bila-bila masa. Namun kamu perlu terus melompat dengan kelajuan yang sama dan tidak boleh melambatkan lompatan kerana tali tidak akan berputar.
Post a Comment