Saturday, May 8, 2010

30 cara latih si kecil

sumber: majalah pa & ma




Ingin tahu bagaimana melatih si kecil dengan cara yang mudah melalui 30 idea yang merangkumi kraf, muzik dan lukisan. Mudah untuk anda, mudah untuk si kecil! Pasti anda dan si kecil ‘sibuk’ sepanjang hari.



1.Kemas baju

Ambil pakaian yang hendak dibasuh dan sebutkan warnanya. Kemudian biarkan dia memasukkan pakaian itu ke dalam bakul pakaian untuk dibasuh. .




2. Mewarna

Beri si kecil air, kertas lukisan dan berus. Dan biarkan dia ‘cat’  mengikut kreativitinya.




3. Main pasir

Letak sedikit pasir dalam bekas dan masukkan mainan kecil yang disembunyikan di dalamnya. Berikan penyeduk pasir kecil untuk dia mulakan pencarian ‘harta karun’ itu.




4. Permainan adunan.

Ambil tepung dan air. Biarkan si kecil anda menggaul adunan itu dengan senduk kayu. Buatkan adunan itu menjadi bebola kecil. Pengalaman yang menakjubkannya!




5. Pilih dan cari

Guna gula-gula yang berwarna-warni dan letakkan dalam mangkuk. Si kecil akan mengasingkan gula-gula mengikut warna dalam bekas yang berlainan.




6. Laman web 

Cari laman web yang mempunyai karakter yang menjadi kegemaran si kecil. Pastikan laman web itu berwarna-warni dan mempunyai melodi.



7. Bersihkan

Biarkan dia membasuh set pinggan plastiknya. Berikan span dan bekas yang dipenuhi buih sabun untuk dia membasuh. Dia akan merasa dirinya dihargai.




8. Anak patung kecil

Keluarkan anak patung mainan lamanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan mainan itu dan sudah pasti diakan menyukai mainan lamanya itu.




9. Menari dan membaca

Dapatkan buku yang mempunyai CD. Setelah si kecil seronok melihat gambar yang berwarna-warni dalam buku, dia akan menari mengikut rentak muzik dalam CD itu.

10. Teka barang mainan
Bungkus beberapa barang mainan kesukaannya. Biarkan dia membukanya untuk meneka mainan itu. Jangan guna terlalu banyak pelekat. Biarkan dia membuka dengan mudah pembalut itu. 



11. Album gambar

Guna buku nota dan beberapa gambar anda, suami dan keluarga. Bantu anak anda untuk menampal gambar itu dan sementara itu tanya, adakah dia mengenali orang dalam gambar itu.




12. Main buih

Tiup buih sabun. Anda boleh membuat buih sabun ketika si kecil mandi dengan sampu dan mandian badannya.




13. Ikut saya

Biarkan si kecil anda mengikut anda- melompat, menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Kemudian anda pula mengikut pergerakannya.




14. Permainan muzik

Mainkan muzik, kemudian beritahu dia perlu duduk dengan cepat apabila muzik berhenti. Pasti si kecil suka!



15. Buat peti surat

Guna bekas bijirin lama dan cat warna merah untuk buat peti surat. Potong kertas untuk membuat sampul surat dan setem untuk dia poskan ke dalam peti surat buatan itu. Dia akan berasa bangga apabila diberi tanggungjawab




19. Rakam aksinya

Rakam aksinya. Kemudian tunjukkan kepadanya aksi-aksinya yang mencuit hati. Pasti dia akan gembira melihat rakaman aksi spontannya.




20. Ke taman permainan

Bawa bola dan anak patung bersama. Anda dan si kecil pasti seronok bermain bersama dengan udara pagi yang segar.




21. Kentang bercorak

Potong kentang beberapa keling dan bentuk beberapa saiz dan corak pada kentang. Biarkan si kecil menyapu pewarna air dan menampalkan di atas kertas lukisan. Lihat dia berjaya melakukannya!




 22. Buat kolaj

Kanak-kanak suka menampal. Gunakan kertas warna-warni, kapas dan kain untuk ditampal.




23. Kuih tat

Si kecil pasti suka membuat gulungan pastri apabila membuat kuih tat.




24. Permainan pasta

Berikan dia pasta, contohnya spageti yang kering, mangkuk dan bekas minum plastik. Biarkan dia asyik bermain dengannya!




25. Minum petang

Sediakan kain dan buatkan makanan untuk si kecil minum petang. ‘Jemput’ sekali anak patung kesayangannya ‘minum’ bersama-sama.




26. Alam 

Biarkan dia keluar di sekitar rumah. Berikan bakul untuk dia kumpul daun dan bunga.




27. Lampu isyarat

Anda adalah polis dan si kecil adalah kereta. Apabila anda berkata, ‘merah’, dia akan berhenti. Dan apabila ‘hijau’, dia akan bergerak.




28. Cerita lucu

Ceritakan suatu kisah lucu. Dan anda ketawa. Pasti si kecil akan turut ketawa sama.




29. Khemah

Susun kerusi dan letakkan kain di atas kerusi itu seakan khemah. Biarkan dia berimaginasi seketika.




30. ‘Kilang’ ais krim

Letakkan satu skop ais krim warna krim dalam mangkuk. Kemudian biarkan dia pilih ais krim berwarna untuk diletakkan pada bahagian atasnya sebagai hiasan.

No comments:

Post a Comment