Header Ads

Resepi Corn Dog Mozzarella Cheese Leleh

Korang pernah tak makan Cheese Corn Dog? Kalau korang nak tahu, Cheese Corn Dog ini merupakan salah satu Korean street food yang tengah viral sekarang ni dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebenarnya, hidangan ini sangat mudah untuk dihasilkan dan kos yang diperlukan juga amat berpatutan. Malah, hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu makan pagi atau makan petang bersama keluarga pada hujung minggu anda! Jadi tunggu apa lagi? boleh lah try resepi Cheese Corn Dog ini!

Bahan-bahannya:

  • Sausage (aku guna Ayamas Cheese)
  • Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. (brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
  • Bread Crumbs. (ambil yang jenis “putih” bukan “oren”)
  • Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
  • 1 sudu besar Yis Mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air suam
  • 7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang-sedang saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
  • 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. (ini yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)
 Cara Buat Corn Dog


  1. Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. 
  2. Potong dua sausage. 
  3. Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. 
  4. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.
  5. Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar tepung gandum. 
  6. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung) dan seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk “setkan” bancuhan.

Salutkan dalam bread crumps

Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran.



Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.


Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then dekokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap gila!

Tips Jimat


Macam aku untuk jimatkan kos buat corndog ni, aku beli piping bag je untuk letak sos and mayonis. Tak perlu beli mayonis botol yang ada corong tu, sebab akan menambahkan kos je.

Last but not least, selamat mencuba! Puas makan sebab dapat 8 batang sekali buat. Kos buat dalam RM40. Kos beli luar dalam RM80++. So jimat bukan kalau buat sendiri.

Sumber: Nur Syazwani Mustafa

No comments

Powered by Blogger.