Petua Mudah Bersalin
Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu
sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga
ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.
Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.
Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia
direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai
memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.
Telur ayam
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur
ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk
melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.
Minyak kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap
hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah
berkesan.
Sumber Pa&Ma
Telur ayam mentah??? Kalo dpt salmonella mcm mana?
ReplyDelete